Cari Blog Ini

Rancangan Mahathir Untuk Jatuhkan Najib, Terbongkar !


Pembabitan Mahathir jatuhkan Najib bukan perkara pelik
Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.

Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.

“Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah.

“Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu.

Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya,” katanya di dalam blog.

Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.

Beliau berkata, desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Katanya, selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini.

“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa.

“Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya.

“Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya?” katanya. - selangorku


                                   "Mahathir nafi di belakang usaha jatuhkan Najib"
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. 

Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika perdana menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno. 

Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno. "Itu tafsiran dia (Rafizi). 

Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun. 

"Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini. -mk 


                 "Isu Penyingkiran Najib : Para Blogger Umno Berperang Sakan !"

BLOGGER UPAHAN politik kem dua Tun menyerang najib tanpa selindung kerana gagal mengurus ekonomi negara hingga sokongan keatas BN semakin merudum teruk selepas PRU13.....kejatuhan harga kankung najib bukti kemarahan rakyat sudah sampai peringkat maut........pentempuran terbuka proksi dan blogger upahan tidak dapat dielakkan lagi.....

Serangan blogger @YuseriYusoff ke atas `Blogger Tun Daim' melampau


Hayati kata-kata hikmah Rocky-Bru Nota : -

Saya TIDAK BERSETUJU dengan tindakan rakan blogger DoubleY atau Yuseri Yusoff menyerang blogger Apanama secara keterlaluan.

Bagi saya, Apanama dan Out Syed the Box pun kawan-kawan juga. Saya setuju dengan Datuk Rocky Bru, tidak ada masalah jika seseorang itu kritikal.

Menjadi kritikal bukan bermaksud memberontak, Cuma ada garisan pemisah di antara kritikal yang membina dan kritikal yang memberontak.

Janganlah kita melampaui batas tersebut sekiranya kita takut diri kita di label sebagai pemberontak..........selanjutnya


"Pemberontakan Dalam Umno : Serangan Demi Serangan Yang Tidak Henti-Henti Menyerang Najib !"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.

Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.

Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dijangka turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan.

Taklimat itu adalah tanda yang menunjukkan Najib dan barisan penasihat akhirnya menerima hakikat bahawa serangan bertubi-tubi dan berterusan terhadapnya adalah perkara yang serius serta memberi kesan terhadap pegangan kuasanya.

Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya..........selanjutnya

10 ulasan:

KATIMAN SURABAYA berkata...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=>>> BOCORAN TOTO MALAYSIA 2D 3D 4D 5D 6D

lukman hussain berkata...

Najib jangan ikut rentak mahathir yg sudah diketahui unum...mmg pakar jatuh menjatuhkan orang...mahathir ni bila org nak bongkar hal daim menteri kesayangan dia dulu2 ni...mula la dia main gila....mcm nak talakkan najib la pulak....mahathir regu dia daim......pandai putar alam...daim tu lawyer buruk.....pandai....hilangkan harta benda negara...hingga tak tinggalkan bukti....mcm citer keling yg bunuh datuk sosilawati la pulak dah.....tapi rakyat tau mahathir guna daim untuk hilangkan duit negara....berbillion2 ringgit diragut 2 ekor puaka ni....tp keluar seolah2 bersih tangan puaka 2 ekor ni.....skrng mahathir dan daim kumpulkan kunco2 dia buat bising kat telinga najib....supaya najib tak dpt tidur mlm dgn nyenyak......bagi aku najib tak payah hirau sngt la dgn komen2 mahahir yg berpoxy daim ni....ok

lukman hussain berkata...

Aku syorkan mahathir jadi ketua pembangkan gantikan wan azizah kroni anwar peremuan murahan ni ...apa mcm...setuju

Tanpa Nama berkata...

Tak tahu apa kesudahannya.
Bukan saja Malaysia malah dunia berada dalam krisis.
Nilai ringgit semakin merendah,krisis MH370 dan MH17
Sepertinya tidak lama lagi Perang Dunia Ketiga akan berlaku
PD3 dilihat akan berlaku bila satu perkara ini berlaku iaitu krisis Kepulauan Spratley di Laut China Selatan yang kini semakin memanas.

Tanpa Nama berkata...

Maaf hanya menyuarakan pendapat sebagai murid sekolah menengah kepada pemimpin bangsa yang seharusnya lebih proaktif.

Tanpa Nama berkata...

testing

Tanpa Nama berkata...

Bagus...izwan azir saleh...tentang pendedahan justo...

Dino berkata...

Pimimpin yang membebankan rakyat dengan berbagai cukai sepayutnya segera di singkirkan.

Danii Arfy berkata...

Never get into others bussiness.. Lantak pi laa depan nak wat ape.. Cause one day the truth akan terbongkar , so for those yg bersemangat wira tu baik , tapi words kena berpadah tak payah la nak tuduh wanita sundal la ape laa sbb our words melambangkan keperibadian kita.. So mind our words.. Kita doakan sahaja malaysia ini sentiasa aman dan jngn la kita ikut serta dalam perang politik pihak atasan.. Ada sebabnya knapa d lantik antara pemimpin dgn rakyat.. So klu nak jadi pemimpin jgn post kat laman sesawang ape ker tapi pergi cakap depan2 confess baru tahu mcm mne beza antara pemimpin ngn rakyat.. Sekadar pandangan

#mohonjangankecamsaya

Heni Herbal berkata...

We will always wait for the latest updates from the site and we say thank you to previous level .
Waspadai Bahaya Kekurangan Sel Darah Putih
Bahaya Gagal Ginjal Kronis Menyebabkan Kematian
Apakah Penyakit Leukimia Bisa Sembuh Total ?
Cara Mengatasi Hamil Anggur Secara Alami
Obat Cacar Air Pada Orang Dewasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.