Cari Blog Ini

Menolak Hadis : Kassim Ahmad Perlu Dipanggil Dan Diperbetulkan


Berikutan bantahan pelbagai pihak terhadap kenyataan Kassim Ahmad, PAS meminta pihak berkuasa agama di negara ini memanggil beliau, diperbetulkan dan diberi kefahaman sebenar terhadap kekeliruan tersebut.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata setelah dipanggil dan diberi penjelasan, maka jangan pula ada penganjur yang merasai hebat pemikiran salah beliau sehingga sanggup menganjurkan wacana pemikiran beliau.

Tuan Ibrahim mengulas pengulangan kenyataan Kassim yang antara lain menolak hadis sebagai sumber perundangan Islam yang mendapat kritikan pelbagai pihak.

Ia disifatkan sebagai kenyataan tidak beradab serta bertentangan dengan prinsip Islam dan diyakini boleh membawa kerosakan akidah.

Tuan Ibrahim berkata, pemikiran Kassim memang agak pelik, tetapi ia bukan sesuatu yang sukar untuk diatasi.

Beliau mengambil contoh gesaan beliau agar Al-Quran ditafsir semula, dan penafsirannya mestilah berdasarkan Al-Quran sahaja, bukan Hadis dan bukan pandangan para sahabat atau alim ulama.

"Persoalannya, kalau beliau menolak Hadis, bagaimana beliau boleh beriman dengan Al-Quran kerana Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah dan Baginda membacakan Al-Quran ini," katanya.

Sebagai contoh, katanya, di dalam Al-Quran, Allah memerintahkan sujud, dan bagaimana pula kita tahu perbuatan sujud tersebut kalau bukan melalui cara yang ditunjukkan Rasullulah.

Tuan Ibrahim berkata, begitu juga dengan puasa, zakat dan seluruh ajaran Al-Quran, jika Rasulullah bukan pentafsir kepada Al-Quran, siapa pula yang lebih layak mentafsirnya.

Katanya, pelbagai fatwa serta kecaman dilakukan sebelum ini, nampaknya ia tidak berkesan untuk mengubah pendirian dan kefahaman salahnya terhadap ajaran Islam.

Beliau berkata, melihat latarbelakang Kassim, pandangan seperti itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana kejahilan adalah musuh utama manusia, namun tidak menyedari kejahilan adalah lebih besar lagi.

Sehubungan itu, katanya, wujud istilah seperti jahil murakkab, iaitu seseorang yang tidak menyedari bahawa ia tidak mengetahui atau dalam bahasa biasa "dia tidak tahu yang dia tidak tahu.”

Katanya, kalau ia hanya sekadar Kassim, mungkin tidaklah besar sangat untuk diulas dan diberi perhatian.

Bagaimanapun, katanya, apabila pemikiran salah ini diterima dan dibahas sebagai suatu pemikiran yang dianggap hebat, maka ia akan menjadi masalah.

"Ia ibarat bongkah ais di atas permukaan laut, walau yang kelihatan hanya seketul ais yang kecil, namun di bawahnya jauh lebih besar daripada apa yang dilihat," katanya.

Beliau meminta pihak berkuasa agama seperti Jakim khususnya, dan Majlis Agama Islam Negeri mesti melihat isu ini secara serius untuk diatasi.

"Kalau ajaran al-Arqam diburu sehingga akar umbinya, maka sepatutnya ajaran yang menyimpang ini juga mesti diatasi.

"Saya melihat serangan dan kecaman tidak akan menyelesaikan masalah. Kefahaman salah beliau perlu diperbetulkan melalui perbincangan dan diskusi yang penuh hikmah," katanya.

The Malaysian Insider


Mahathir pertahan Kassim Ahmad

[mk]- Ketika banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim Ahmad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini tampil mempertahankan yang dituduh anti-Hadis itu.

Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.

Beliau berkata Kassim (kanan) bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.

"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap.

Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.

"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis.

Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak hari ini.

'Orang cubit pun repot polis'

Mahathir turut menyindir pihak yang asyik membuat laporan polis berkenaan setiap perkara yang dilihat sebagai salah.

"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.

“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.

"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," tambah beliau.

Dewan Ulama PAS daripada dua negeri hari ini masing-masing mengadu kepada pihak polis dan penguatkuasa agama berhubung penganjuran seminar pemikiran Kassim Sabtu dan Ahad lepas.

                   

* Kenyataan Kassim Ahmad Boleh Mendorong Orang Islam Murtad

1 ulasan:

Allen Sulong berkata...

Salam utk semua,

Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain.

Cuba tanya pada diri sendiri di manakah keimanan kita yg sebenarnya? Mahu percaya kpd Allah SWT atau percaya para alim ulama?
Allah SWT mengatakan Al-Quran adalah kitab yg lengkap, sempurna, dan menjelaskan segala perkara. Al-Quran adalah lebih baik dari segala-gala kitab, Al-Quran mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Malah Allah SWT menyruh Nabi Muhammad SAW berdakwah dgn Al-Quran bukannya Al-Hadith (percakapannya sendiri).

Fikirkanlah siapa yg sesat dan siapa yg beriman? Orang yang anti-hadith atau org yang anti-Quran? cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau kajian-quran.blogspot.com dan sbgnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.