Cari Blog Ini

Kenyataan Kassim Ahmad Boleh Mendorong Orang Islam Murtad


KASSIM AHMAD ANTI HADIS

ASWAJA, Perkasa dan PAS kecam kenyataan Kassim Ahmad

Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan PAS mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh intelektual Melayu Dr Kassim Ahmad dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad.

Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zin berkata, kenyataan Kassim berhubung pendewaan terhadap Nabi Muhammad, ingin mentafsirkan semula al-Quran dan mengkritik “kasta paderi” dalam Islam boleh mendorong kepada kemurtadan.

“Semua kenyataan ini menjadikan beliau (murtad) terkeluar dari Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan-kenyataan Kassim itu tegas Zamihan, merendahkan martabat Nabi Muhammad, tidak masuk akal dan biadab.

Zamihan turut menggesa pihak berkuasa agama menyiasat kenyataan itu supaya ia tidak meresahkan umat Islam negara ini.

"Pihak ASWAJA bersedia untuk bermuzakarah dengan beliau berkaitan isu-isu kontroversi yang dicetuskannya pada bila-bila masa sahaja.

“Tindakan ini bertujuan supaya Kassim sedar kesilapannya dan kembali ke jalan yang benar," kata beliau.

Kassim dilaporkan antaranya mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Perkasa mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap Kassim.

Presiden Perkasa, datuk Ibrahim Ali menegaskan kenyataan yang dibuat Kassim itu sangat serius dan boleh menggelirukan umat Islam di Malaysia.

"Memang jika benar Kasim berkata demikian, ia satu keceluparan yang dahsyat, wajar di ambil tindakan kerana ia menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja-Raja Melayu serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Manakala PAS juga turut mendesak supaya Kassim diambil tindakan undang-undang kerana ia merupakan satu kesalahan serius.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan yang dibuat Kasim itu bukan hanya mencabul dan mencabar Majlis Raja-Raja Melayu tetapi turut menghina masyarakat Islam secara keseluruhan.

astro awani


Perkasa sahut cabaran PAS, desak Jakim bertindak terhadap Kassim Ahmad

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menyahut cabaran PAS dengan mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap intelektual Melayu, Dr Kassim Ahmad kerana dikatakan mempersoalkan umat Islam hari ini yang terlalu mendewa-dewakan Nabi Muhammad.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Jakim perlu segera bertindak kerana kenyataan Kassim yang turut mengatakan rambut bukanlah aurat bagi wanita dalam satu forum di Kuala Lumpur semalam sangat serius dan boleh menggelirukan umat Islam di Malaysia.

"Memang jika benar Kasim berkata demikian, ia satu keceluparan yang dahsyat, wajar di ambil tindakan kerana ia menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja-Raja Melayu serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam," kata Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.

Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mahfuz yang merupakan ketua penerangan parti Islam itu mencabar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Umno agar mengadakan bantahan terhadap Kassim yang dikatakan menghina Islam.

Semalam, forum berhubung pemikiran Kassim di Kuala Lumpur turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Ibrahim, Kasim bukanlah cendiakawan yang mendalami ilmu Islam.

"Perkasa mendesak Jakim segera menyiasat dengan mengambil semua bukti dan keterangan daripada mereka yang hadir dan juga pasti ada rakaman dibuat.

"Majlis Fatwa Kebangsaan juga diminta segera menyiasat dan membincangkan dakwaan yang serius ini.

Bertindak segera wahai Jakim," katanya.

- The Malaysian Insider


Kassim Ahmad hina Islam, Umno tengok saja...

[hd]- PAS mengkritik tindakan Kassim Ahmad yang dilihat telah menghina Islam berhubung kenyataannya yang mempersoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, menyatakan rambut wanita bukan aurat serta wujud kasta paderi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sewajarnya kerajaan memandang serius kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap Kassim yang juga dikenali sebagai pelopor golongan anti hadis Malaysia.

Sehingga kini ujarnya tidak pernah ada sebarang tindakan tegas oleh mana-mana pihak berkuasa terhadap Kassim, walaupun sebelum ini ajaran 'anti-hadis' itu telah difatwakan haram.

"Beliau (Kassim) persoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, rambut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.

"Ini satu penghinaan kepada Islam dan pencabulan hak dan penghinaan terhadap Majlis Raja-Raja," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Kenyataan Kassim pada "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" di Putrajaya semalam telah menimbulkan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diselewengkan oleh sistem 'kasta paderi' yang dipanggil ulama.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau tidak terkejut jika tidak ada sebarang kenyataan tegas dari pimpinan Umno kerana Kassim merupakan antara individu yang sering menjadi rujukan kepada parti itu.

"Kalau Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tegas saya tidak hairan kerana beliau menjadi rujukan kepada Umno," jelasnya.

Mahfuz turut mempersoalkan sama ada kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa akan tampil menyatakan bantahan sepertimana yang dilakukan terhadap beberapa itu agama sebelum ini.

                    


kassim ahmad dan dr mahathir

                                        Dua jenis Islam – Kassim Ahmad

Ramai tidak sedar bahawa ada dua jenis Islam.

Pertama, Islam yang sebenar yang diajar oleh semua nabi dalam semua zaman, dan yang dilengkapkan oleh penyudah segala nabi, iaitu Nabi Muhammad di dalam Quran.

Kedua Islam baka, yakni Islam yang kita warisi daripada nenek-moyang, dan yang mengandungi banyak ajaran yang salah.
     
Harus diperhatikan umat Islam hari ini yang berjumlah 2.1 bilion orang, duduk di bawah umat Kristian di Eropah dan Amerika Syarikat, di bawah umat Konfusius di China dan juga di bawah penganut Hindu di India.

Bolehkah umat Islam, yang memeluk agama Islam yang Tuhan reda [1]  berkedudukan di bawah sekali?
 
Ini sama sekali tidak logik.

Sejarah mencatatkan 60 tahun selepas Nabi Muhammad wafat ketika zaman Khalifah Uthman Ibni Affan, bangsa Arab yang dulunya tidak terkenal melonjak naik menjadi kuasa nombor satu dunia, mengalahkan Empayar Parsi dan menakluk sebahagian besar Empayar Bizantium, dua kuasa besar dunia pada zaman itu.

Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Para sejarawan yang objektif mencatat peristiwa ini.

Mereka termasuk Robert Briffault (Tha Making of Humanity, 1919)  George Sarton, A History of Science, Jil. 1 1970) , dan M. M. Shariff, (Muslim Thought: its Origin and Achievements, 1951).

Itu kejayaan Islam yang sebenar, Islam tanpa mazhab, Islam tanpa penyelewengan-penyelewengan yang datang kemudian.

Apakah Islam baka? Ia Islam yang kita warisi dari nenek-moyang yang telah dimasuki penyelewengan-penyelewengan yang datang kemudian, seperti amalan selawat kepada Nabi Muhammad dan syahadah kedua. [2]

Apabila kita menonton TV kita hairan mendengar ustaz yang berbicara tentang Islam membuat kesilapan.

Apakah mereka tidak tahu? Mengapa kita menggelar mereka ustaz kalau mereka tidak tahu?

Adakah kebanyakan kita sudah terlalu jauh menyeleweng? Renunglah kata Quran bahawa kebanyakan manusia tidak suka, malah takut kepada kebenaran. [3]

Mengapa? Ingat kembali bahawa manusia, homo sapiens, itu dijadikan Tuhan khalifah di Bumi.

Khalifah ertinya pengganti (kepada binatang), atau wakil raja yang bebas menentukan nasibnya sendiri dalam konteks undang-undang alamiah, atau natural law.

Jadi, kebebasan memilih di antara pelbagai perbuatan itu sifat utama khalifah.

Ayat Quran 2: 256 mengisytiharkan kebebasan mutlak untuk memilih agama. Perhatikan ayat ini datang persis selepas Ayat Kursi, yang menegaskan sifat-sifat Tuhan yang utama, iaitu Yang Hidup Senantiasa, Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui.

Bagaimana boleh timbul Islam baka? Bila subjektiviti (minda manusia) berinteraksi dengan objektiviti (alam), kerapkali alam bertukar menjadi herot-benyot, tidak seperti adanya.

Ini kerana minda kita subjektif. Ia boleh meminda realiti mengikut kehendaknya.

Oleh sebab itu, walaupun kita semua membaca Quran yang sama, pemahaman kita berlainan.

Untuk mengelak herot-benyot ini, kita mesti ada suatu kaedah saintifik untuk memahami Quran.

Dengan perkataan lain, kita harus membiarkan Quran menjelaskan dirinya sendiri.

Dengan perkataan lain lagi, ayat menjelaskan ayat.

Kita harus membaca dan memahami Quran secara keseluruhan. Dalam kaedah tradisional, Hadis menjelaskan Quran.

Nyata kaedah ini batal, kerana Quran itu daripada pengetahuan Tuhan, sedangkan Hadis itu daripada akal manusia.

*Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia di laman webnya  
www.kassimahmad.blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.