[VIDEO] Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Yang Mati Keracunan Di Sabah

        
KOTA KINABALU – Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah.

Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer dari Tawau.

“Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya,” katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol.

Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan.

“Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk.

Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah.

“Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia,” kata Dr Ambu.
                        
Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah.

Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora.

“Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain,” katanya. – THE STAR

                 

Sekat Kebebasan Bergerak Di Felda Tidak Sah

                  
Suatu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan.

Demikian dijelaskan oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Menurutnya, permohonan untuk Semakan Kehakiman di bawah aturan 53 Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, telah selesai dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuantan sekitar jam 10.45 pagi ini.

“Pemohon iaitu saya selaku Penyelaras Kembara Oren dan Hashim Ahmad, Ketua PAS Cawangan Felda Jengka 12, memohon untuk satu perintah interim agar mahkamah menggantung kesemua arahan oleh responden terhadap sekatan atau halangan kebebasan bergerak di mana-mana tanah rancangan Felda seluruh negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Permohonan untuk Semakan Kehakiman di bawah aturan 53 Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, telah selesai dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuantan sekitar 10.45 pagi ini.

Suatu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan.

Pemohon iaitu saya selaku Penyelaras Kembara Oren dan Hashim Ahmad, Ketua PAS Cawangan Felda Jengka 12, memohon untuk satu perintah interim agar mahkamah menggantung kesemua arahan oleh responden terhadap sekatan atau halangan kebebasan bergerak di mana-mana tanah rancangan Felda seluruh negara.

Tuntutan ganti rugi juga dibuat terhadap Felda selaku responden pertama dan Mohd Yazid Abdullah (Pengurus Felda Jengka 12) iaitu responden kedua.

Peguam Haris Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris mewakili saya dan Hashim.

Esok, peguam Haris akan mendapatkan tarikh untuk mendengar permohonan dan serahan permohonan agar kes ini didengar secepat mungkin juga dilampirkan.

Adalah sangat penting untuk diketahui, jika permohonan ini berjaya, ia menjadi rujukan utama terhadap semua aktiviti di Felda seluruh negara.

Mana-mana pengurus termasuk JKKK yg cuba menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun dianggap menghina mahkamah.

Bukan itu sahaja, menariknya, permohonan boleh dilakukan untuk memenjarakan Pengurus Felda dan JKKK yang engkar dengan keputusan mahkamah!

Bersama-sama memberi sokongan pada hari ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong, Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saat, bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation, Md Said Jonit, Pengerusi Anak Pahang, Yohanis Ahmad dan wakil-wakil peneroka.~ hd

Kontroversi Drama SAHARA : Dakwah Islamik Yang Tidak Kena Cara

Reaksi Pelakon
Tidak dinafikan industri perfileman kini menunjukkan perkembangan positif dari semasa ke semasa. Filem dan drama berunsurkan Islam semakin banyak dihasilkan, ini adalah sesuatu yang harus dipuji.

Namun sejauh manakah kualiti drama Islamik tersebut dapat memberi impak yang benar-benar berkesan kepada penonton.

Penghasilan sesebuah drama Islamik perlulah menepati syariat yang betul dan selari dengan panduan yang telah digariskan dalam Islam.

Namun, apa yang dilihat kini, drama-drama Islamik yang dihasilkan tidak memperlihatkan ciri-ciri Islam tetapi menggambarkan imej Islam yang tidak sempurna di mata masyarakat.

Promo Drama Islamik berjudul “Sahara” yang sedang ligat ditayangkan di Astro Prima telah mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat Islam apabila didapati terdapat unsur-unsur yang tidak selari dan bertentangan dengan syariat Allah swt.

Ia seolah-olah menimbulkan persepsi bahawa wanita muslimah yang berhijab dan berpurdah juga ‘sama’ seperti wanita lain apabila berdating dan berpegangan tangan.

Drama ini benar-benar merosakkan imej wanita muslimah yang berhijab lebih-lebih lagi berpurdah. Perlulah difahami bahawa imej wanita ditonjolkan melalui pemakaian dan sikapnya.

Ia sebenarnya mencerminkan Islam itu sendiri. Jadi, sekiranya imej itu telah dicalari, ia sebenarnya mencalarkan imej Islam itu sendiri.

Penghasilan sesebuah filem dan drama yang berunsurkan Islam wajib didasari dengan pelbagai cabang ilmu.

Akibat daripada kejahilan individu-individu yang terlibat dalam penghasilan sesebuah filem atau drama, maka terhasillah drama sebegini yang secara terang-terangan telah mencemarkan nilai-nilai Islam.

Pihak yang bertanggungjawab seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) seharusnya menguatkuasakan pantauan sesebuah filem dan drama yang dihasilkan dari segenap aspek.

Berikut merupakan tuntutan kami kepada pihak-pihak yang berkenaan:

1. Desakan ke atas pihak Astro supaya menghentikan tayangan drama tersebut dengan serta-merta.

2. Gesaan terhadap pihak yang berautoriti supaya menapis dan memantau semula keseluruhan skrip, adegan dan babak yang terkandung di dalam drama Sahara.

Kami juga ingin menyeru seluruh masyarakat yang beragama Islam khususnya mahasiswa supaya bersama-sama mempertahankan kesucian Islam dengan membantah tayangan drama Sahara kerana drama tersebut bukan sahaja telah menimbulkan fitnah tehadap pembawa imej Islam bahkan kepada agama Islam itu sendiri.

Siti Fatimah Azzahra Mohd Nazri
Spirituality & Islamization Secretariat,
Students’ Representative Council 2012/2013,
International Islamic University Malaysia.



Berkaitan : Kontroversi Drama SAHARA

Deepak Setuju Jumpa Mahfuz

'Deepak setuju jumpa Mahfuz 6 Februari' 

Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan bersetuju untuk bertemu dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan isu imunitinya 6 Februari ini.

Dalam satu pesanan ringkas yang diterima Harakahdaily dari ahli perniagaan itu, Deepak berkata dia bersetuju untuk bertemu.

"Saya memang setuju. Lagipun 6 is my nombor bertuah," tulis Deepak kepada Harakahdaily.

Mahfuz sebelum ini bersetuju untuk berbincang dengan Deepak berhubung dengan permohonannya untuk mendapatkan perlindungan saksi (imuniti) dari Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS itu berkata, beliau sedia mendengar apa yang dikehendaki oleh Deepak dan akan membawanya kepada pimpinan Pakatan jika didapati sesuai.

Dalam sidang medianya semalam, Mahfuz berkata, beliau sedia berjumpa dengan Deepak 6 Februari ini.

"Saya hari ini menyatakan kesediaan saya untuk bertemu dengan Deepak pada 6 Februari nanti, dan turut hadir pada pertemuan tersebut adalah penasihat undang-undang (peguam).

"Saya harap Deepak akan bersedia sepenuhnya untuk memberi segala keterangan berhubung dengan apa yang ingin beliau dedahkan, mengenai imuniti perkara tersebut akan dibincangkan setelah mendapat khidmat nasihat dari pihak guaman," jelas beliau.

Deepak sebelum ini memohon jaminan dari Pakatan Rakyat untuk memberikan imuniti di bawah akta perlindungan saksi kepadanya bagi membolehkan beliau mendedahkan semua yang beliau tahu mengenai pelbagai jenis penyelewengan.~ hd

14 Orang Yang Didakwa Membawa Kanak2, Juham Sedia Peguam Hadir Ke Balai Polis

                   
                              
                                 KL112: Juham sedia peguam hadir ke balai polis

Seramai 14 orang yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu dinasihatkan tidak takut untuk membantu siasatan polis.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, 14 orang tersebut hanya dipanggil untuk membantu siasatan polis, bukan untuk didakwa.

Bagaimanapun katanya, mereka tidak perlu hadir secara terburu-buru selagi notis pemberitahuan tidak dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Dari sudut perundangan, mereka tidak perlu serah diri sehingga polis mengeluarkan notis pemberitahuan.

"Polis harus mengeluarkan notis pemberitahuan meminta mereka hadir untuk membantu siasatan. Polis ada prosedur siasatan, tidak boleh terus dakwa. Jadi mereka tidak perlu takut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Zamri juga berkata, Juham akan menyediakan peguam untuk menemani mereka ke balai polis selepas menerima notis.

"Juham akan sediakan peguam untuk menemani mereka kerana ikut prosedur, orang yang dipanggil ke balai polis boleh ditemani peguam," katanya.

Jika terdapat pendakwaan pula katanya, Juham akan memberikan khidmat guaman percuma kepada mereka.

"Juham akan ambil tanggungjawab ini untuk menyediakan peguam mewakili mereka," katanya.

Polis harus profesional
NONESementara itu, Zamri mengingatkan pihak polis agar bersikap profesional dan tidak mengikut telunjuk Umno BN.

Katanya, tindakan mencari orang yang membawa kanak-kanak dilihat seolah-olah sengaja mencari kesalahan penganjur.

"Himpunan berlangsung aman dan tak ada apa-apa kerosakan kenapa selepas sebulan tiba-tiba polis cari mereka.

"Ini menunjukkan Umno BN yang sebenarnya takut melihat kehadiran rakyat ke himpunan, jadi mereka cari kesalahan," katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis harus mengutamakan isu keselamatan rakyat berbanding mencari kesalahan begini.

"Saya ingatkan polis lebih profesional dan bertindak mengikut keutamaan.

"Banyak lagi kes orang hilang, jenayah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang ni," katanya.

Menurut polis, perbuatan membawa kanak-kanak ke himpunan melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.~ hd

Berkaitan : Polis Keluarkan Gambar, Orang Yang Bawa Anak Di Perhimpunan #KL112

Ahli Umno Terima Geran Tanah

                   
                           (Mat Omar menerima geran dari Tuan Guru Nik Aziz)

GUA MUSANG: Tanpa mengendahkan amaran Umno, sebahagian besar ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lebir tetap hadir pada majlis penyampaian geran tanah semalam.

Lebih menggembirakan lagi apabila 54 ahli Umno yang hadir pada program berkenaan semalam menerima sendiri geran tanah disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seorang peneroka Mat Omar, 60 yang mendiami RKT Lebir sejak 1981 berkata, Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah sudah lama menjanjikan mahu menyelesaikan masalah pemilikan tanah.

“Namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan. Beliau hanya cakap sahaja. Selepas lama menunggu kami mengusahakan sendiri dengan menyertai jawatankuasa khas ditubuh kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri hanya mengenakan bayaran premium RM10 sahaja bagi lot rumah seluas suku ekar. Kalau ikut proses biasa saya difahamkan kena bayar RM2,000 bagi setiap lot,” katanya di sini semalam.

Beliau mengakui peneroka dibawa ke RKT Lebir pada 1980 bagi menguatkan Umno di Gua Musang. Malah tapisan dibuat memastikan hanya ahli Umno diterima sebagai peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Pada majlis semalam Mat Omar juga menyerahkan sumbangan yang dikutip dalam kalangan peneroka bagi mengisi dana lebuh raya rakyat kepada Menteri Besar.

Adun Paloh dalam kenyataan media hari ini memberitahu kerajaan negeri tidak sepatutnya memberi geran tanah kepada peneroka kerana kawasan itu diurus Kesedar sejak sekian lama.

Kemarahan Nozula dapat dilihat apabila kira-kira 40 peneroka warga emas dikumpul di simpang tiga di Paloh 2 membantah penyampaian geran tersebut. (gambar)

Mereka berhimpun dengan membawa pelbagai sepanduk yang ditulis tidak mahu kerajaan negeri campurtangan di Kesedar.

Ahli Umno di RKT Lebir, Mahmud Abdul Rahman, 61 berkata, beliau juga menerima panggilan telefon daripada seorang pemimpin Umno supaya keluar menyertai demontrasi.

“Saya pun pelik dengan perbuatan mereka, sedangkan kita susah payah datang dari kampung sejak berpuluh tahun lalu untuk mendapatkan tanah sendiri.

“Sebelum ini macam-macam pemimpin Umno buat tomahan termasuk kononnya geran tanah palsu. Biar pun sebagai ahli Umno saya tidak boleh terima tindakan mereka,” katanya.

Beliau juga berkata, geran hak tanah lebih penting berbanding demontrasi yang tidak ada tujuan dan merugikan peneroka sendiri.

Penghulu Mukim Chalil, Norazmi Abdullah berkata, kesemua 172 peneroka diberi peluang untuk memohon mendapatkan geran lot kediaman mereka tanpa mengira menyokong parti mana.

Katanya, sebahagian besar peneroka termasuk ahli dan penyokong Umno mengisi borang permohonan kecuali mereka yang mempunyai jawatan dalam Umno.

“Mereka takut kerana ada tekanan pemimpin Umno di atas. Namun saya percaya mereka juga akan mengikut jejak 54 ahli Umno yang sudah mendapat geran hari ini,” katanya.~ hd

Berkaitan : Umno Hati Busuk, Cuba Gagalkan MB Agih Geran Kepada Peneroka

PAS Perak Jumpa Ketua2 Paderi Seluruh Perak, Bincangkan Isu2 Sensitif

                         Pertemuan PAS dengan ketua paderi harmoni

IPOH: Pertemuan PAS dengan Ketua-Ketua Paderi seluruh Perak hari ini berlangsung dengan penuh mesra dan harmoni.

Perjumpaan selama dua jam yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa itu diadakan di Gereja St Michael, Ipoh.

Dr Mujahid berkata, perjumpaan tersebut bertujuan untuk menyatakan keterbukaan PAS untuk bertemu dengan pihak gereja bagi membincangkan isu-isu sensitif yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan antara agama di negara ini.

“PAS sangat terbuka kepada semua pihak termasuk pihak gereja untuk bertemu bagi membincangkan segala permasalahan dan isu ini dengan penuh harmoni.

“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan pertemuan ini kerana ianya melahirkan perkara positif di antara kedua-dua belah pihak,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan tersebut.

                           (Mujahid menyampaikan cenderahati kepada wakil paderi)

AJK PAS Pusat itu menjelaskan, pertemuan tersebut memberi ruang kepada PAS untuk menjelaskan dasar-dasar yang diperjuangkan dan menjelaskan segala prasangka terhadap parti serta momokan daripada pihak-pihak tertentu.

Kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, PAS juga telah memberikan penerangan tentang pendirian PAS berhubung isu kalimah Allah yang dimainkan oleh Umno ketika ini.

Jelas beliau lagi, paderi-paderi yang hadir itu juga mengambil kesempatan itu untuk mengemukakan persoalan tentang isu-isu sensitif yang dimainkan dan tawaran PAS dalam Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk memerintah kelak.

“Pertemuan ini sangat bermakna dan penting untuk kita wujudkan suasana harmoni dan bersih dari segala prejudis di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

“Saya mengharapkan pertemuan sebegini dapat diteruskan oleh semua pihak kerana ianya sangat bermanfaat,” jelasnya lagi.

Hadir sama ialah Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Perak, Mohammad Saad, Penolong Setiausaha dan Exco Pemuda PAS negeri, Safarizal Saleh dan Hafez Sabri.~ perakite daily

[Kantoi] JASA Bazir Dana Awam, Dipercayai Terbabit Sindiket Beri MyKad, Daftar Pengundi Hantu

Selain menjadi alat dan ‘barua’ propagandis UMNO/Barisan Naional (BN) dalam perkhidmatan awam, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Fuad Hasan dipercayai terbabit dalam sindiket pemberian MyKad dan pendaftaran pengundi hantu.

Merasionalkan kenyataannya, Pakar Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, kajian Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (MERAP) mendapati agensi kerajaan itu dilihat begitu agresif mendaftar ribuan pengundi baru di seluruh negara termasuk mereka yang tidak dilahirkan di Malaysia.

“Banyak yang didaftarkan di kawasan bandar tanpa alamat rumah dan nama jalan seperti yang kami temui di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Kampung Sri Gombak Indah di Gombak dan Kampung Baru Ampang, di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Ong berkata, ini bukan satu perkara yang mengejutkan memandangkan bukti yang dibongkar bekas penjawat awam dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) membabitkan isu pendatang asing di Sabah.

“Fuad Hassan perlu disiasat kerana mungkin memainkan peranan tertentu memberi kad pengenalan dan mendaftar mereka sebagai pemilih.

“Tindakan itu sangat berbahaya kerana membabitkan keselamatan negara dan jauh bezanya dengan tindakan Azrul Azwar yang cuma melaksanakan tugasnya dalam kerangka bidang beliau sebagai pakar ekonomi,” katanya.

RM23 juta wang rakyat ‘hangus’ untuk propaganda BN

Sehubungan itu, Dr Ong turut membidas BN yang membazirkan RM23 juta wang rakyat yang membayar cukai seperti diperuntukan dalam Belanjawan 2013 semata-mata untuk JASA yang menjadi alat propaganda mereka.

“Kerajaan BN jelas menyalahgunakan hasil kerajaan, wang rakyat dan ini bukan suatu yang mengejutkan,” katanya.

Selain itu, katanya, Fuad Hasan turut menyatakan BN boleh memperoleh majoriti dua per tiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti ketika pertemuan dengan Rakan Media Sosial Johor, baru-baru ini.

“Pada April 2012, Fuad Hasan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang pernah dilaporkan berkata agensi itu turut bekerjasama dengan jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk memperkukuhkan BN menghadapi PRU-13 nati.

“Malah, JASA tidak menyembunyikan objektif mereka. Ia dapat dilihat sendiri melalui motto mereka di laman web berbunyi “Memimpin pendapat rakyat ke arah menyokong kerajaan melalui Gagasan 1Malaysia,” kata beliau.

Bagaimanapun tambah Dr Ong, peranan JASA yang mendokong gagasan 1Malaysia telah gagal apabila bekas ADUN Batang Kali, Datuk Zainal Sakom menyatakan “orang India adalah peminta sedekah” dan “orang Cina terutamanya wanita datang ke Malaysia untuk menjual tubuh” ketika majlis Rapat 1Malaysia anjuran mereka.-Roketkini.com

Dasar Transformasi Najib Gagal, Umno BN Perlu Tumbang PRU13

Dasar transformasi Najib gagal: Kerajaan BN patut ditukar pada PRU-13

Kerajaan Persekutuan yang diperintah Barisan Nasional (BN) patut ditukar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti kerana kegagalan slogan dan dasar transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Katanya, ini termasuk sikap berpura-pura Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat pendatang tanpa izin di Sabah, risiko tinggi Malaysia dalam rasuah pertahanan dan kedudukan kebebasan akhbar paling buruk.

Beliau berkata, hampir setiap hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan bukti kegagalan slogan dan dasar transformasi Najib termasuk siasatan RCI Sabah yang sudah masuk minggu kedua pendengaran awam.

“Rakyat Sabah dan Malaysia bimbang kerana RCI tidak akan mampu menggali kebenaran hingga ke dasar mengenai tindakan menghalalkan pendatang tanpa izin di Sabah menyebabkan penduduk negeri itu meningkat lima kali ganda daripada 600,000 pada 1970 kepada 3.3 juta sekarang mengikut komen seorang pembaca Malaysiakini.

“Bagaimanapun kecacatan sebenar RCI adalah lapan syarat yang ditetapkan tidak termasuk mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab melakukan pengkhianatan terhadap negara di dalam skandal “kewarganegaraan untuk undi” di Sabah – atau secara terperinci menyiasat dan mengenalpasti dalang Projek M dan Projek IC,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 71 Hari ke PRU-13, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, RCI Sabah akan berakhir dengan sia-sia melainkan RCI Sabah dimasukkan syarat tambahan untuk menyiasat dan mengenalpasti dalang Projek M dan Projek IC di Sabah.

Bagaimanapun, katanya, adakah Najib Razak bersedia memasukkan syarat kesembilan dalam RCI Sabah bagi menyiasat dan mengenalpasti dalang Projek M dan Projek IC dan mencadangkan tindakan diambil terhadap pengkhianat negara.

“Kedua, pemantauan ketelusan antarabangsa yang terkemuka melaporkan Malaysia berada pada kedudukan berisiko tinggi rasuah dalam perbelanjaan pertahanan dan operasinya dan meletakkan Malaysia seiring dengan negara seperti Bangladesh, Pakistan, China, Russia, Kazakhstan dan Jordan.

“Di dalam Indeks Anti-Rasuah Pertahanan Kerajaan, analisis global pertama terhadap risiko rasuah di dalam pertahanan seluruh dunia yang dikeluarkan Transparency International UK semalam, Malaysia mendapat D- di dalam kumpulan antara A hingga F.

“Kedudukan itu membuktikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) gagal meletakkan antara keutamaan tertinggi memerangi rasuah, memandangkan indeks anti-rasuah terbaru selepas kajian selama dua tahun dilakukan antara Julai 2011 dan November 2012 – memberikan tamparan hebat kepada GTP dan NKRA Najib yang berlangsung sejak empat tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, di kalangan negara Asean, Singapura dan Thailand, pencapaian Malaysia kedua-duanya mendapat D+, manakala Indonesia dan Filipina di belakang Malaysia dalam kumpulan E.

Setiap kerajaan dinilai dalam lima bidang berkemungkinan ada risiko rasuah pertahanan – politik, kewangan, kakitangan, risiko operasi dan perolehan. Malaysia memperoleh mata terendah di dalam risiko kewangan dan operasi iaitu 25 dan 10 peratus daripada jumlah 100 peratus.

Laporan bahagian negara ke atas Malaysia mendapati “Kelemahan rasuah politik adalah tinggi, memandangkan tidak terdapatnya jawatankuasa pertahanan dan keselamatan dan peranan Parlimen di dalam sektor itu pula terhadap pada sekadar meluluskan belanjawan agregat dan umum.

“Ketiga, Malaysia menjunam ke kedudukan terendah dalam sejarah yakni ke-145 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2013 – paling buruk sejak Reporters Without Border (RSF) memulakan indeks tahunan itu pada 2002.

“Di bawah tajuk yang tidak menarik iaitu “Cambodia and Malaysia: drift towards authoritarianism” bagi Asia Tenggara, RSF menyatakan kedudukan kebebasan akhbar Malaysia 2013 “mempamerkan rekod menyedihkan iaitu jatuh 23 pada kedudukan lebih rendah berbanding yang diperoleh pada 2002”, kerana “kempen menekan kerajaan, seperti yang digambarkan melalui tindakan keras terhadap protes Bersih 3.0 pada April tahun lalu dan usaha penapisan, berterusan melemahkan kebebasan asas dalam hak memperoleh maklumat,” katanya. – Roketkini.com

Iklan : KTMB Jadi Alat Propaganda BN

             Sayangi Selangor KTM 02
              
                  'KTMB Jadi Alat Propaganda BN, Tidak Layan PR Sewa Ruang Iklan'

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan sebuah syarikat pengangkutan awam tidak wajar dijadikan alat propaganda Umno-BN dengan hanya menempatkan iklan mempromosikan gagasan itu pada gerabak keretapi.

Tindakan tersebut jelas menunjukkan Umno-BN menjadikan KTMB sebagai alat kepentingan politik apabila permintaan DAP Selangor untuk menyewa ruang iklan yang sama bagi DAP dan Pakatan Rakyat (PR) tidak mendapat layanan sama.

Menurut Bendahari DAP Selangor, Hannah Yeoh dalam sidang medianya hari ini, pihaknya sebelum ini telah menghantar surat menyatakan minat DAP dan PR untuk menyewa ruang iklan pada koc komuter KTMB.

“Pada 8 Januari lalu, kami ada hantar surat kepada Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir melalui tangan dan surat itu sudah diterima dengan terdapat akuan penerimaan pada salinan surat itu sebagai bukti penerimaan.

“Tujuannya adalah untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai bertugas untuk mendapatkan sebut harga tapak iklan dan sebagainya seperti mana BN.

“Tetapi malangnya tiada sebarang jawapan dari KTMB,” ujar Hannah yang juga merupakan Adun Subang Jaya.

Hannah turut mempertikaikan keengganan KTMB menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan sebelum ini, iaitu samada KTMB mengenakan sebarang bayaran kepada Umno-BN untuk iklan mereka.

Dalam isu sama Hannah turut menempelak Datuk Seri Mohd Zin Mohamed agar lebih bijak membezakan antara jawatan Kordinator BN Selangor dengan Pengerusi KTMB yang kedua-duanya disandang beliau.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Umno-BN menjalankan propaganda politik mereka menerusi iklan ‘Sayangi Selangor’ di stesen dan gerabak KTMB.~ selangorku

PDC Bidas BN P,Pinang Dakwa Perumahan Mampu Milik Tak Bantu Golongan Berpendapatan Rendah

Perlaksanaan 19,000 Unit di seluruh negeri skim perumahan mampu milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh PDC, termasuklah bahagian pulau, adalah daripada RM72,500 hingga RM400,000 dan julat harga RM400,000 mengikut PR1MA Kerajaan Persekutuan. – Gambar fail
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) membidas kritikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow bahawa program perumahan mampu milik yang dijalankan kerajaan negeri tidak ikhlas kerana menetapkan harga perumahan pada RM400,000 tidak membantu mereka yang miskin dan berpendapatan sederhana.

Menurut pengurus besar PDC, Datuk Rosli Jaafar, beliau terkejut dengan kenyataan Teng mengatakan unit PDC ditetapkan pada harga RM400,000 apabila harga yang ditetapkan adalah sama seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan antara RM72,500 hingga RM400,000 di kawasan Bandar dan RM 72,500 hingga RM220,000 di kawasan luar bandar.

“Juga tidak benar apabila Teng menyatakan bahawa PDC sedang mengaut keuntungan daripada program perumahan mampu milik ini.

“Ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat dan akan memberikan kualiti terbaik di Pulau Pinang, terutamanya projek Batu Kawan yang dikendalikan oleh HDB Singapore, pembina rumah mampu milik terbaik di dunia.

“Perlaksanaan 19,000 Unit di seluruh negeri skim perumahan mampu milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh PDC, termasuklah bahagian pulau, adalah daripada RM72,500 hingga RM400,000 dan julat harga RM400,000 mengikut PR1MA Kerajaan Persekutuan,” kata Rosli dalam atu kenyataan hari ini.

Menurut Rosli, ketika beliau diberikan tugas oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi PDC Lim Guan Eng untuk menggunakan RM500 juta dana khas rumah mampu milik, Lim telah mengarahkan beliau untuk mengikut julat harga PR1MA Kerajaan Persekutuan kerana bagi Lim, rumah mampu milik merupakan isu yang terlalu penting untuk dipolitikkan.

“Sekiranya menjual rumah pada harga RM400,000 adalah salah, mengapa Teng tidak mengkritik kerajaan Persekutuan kerana melakukan perkara yang sama?

“Kegagalan Teng untuk mengkritik kerajaan Persekutuan yang menjual pada harga RM400,000 tetapi mengkritik PDC boleh dilihat sebagai satu cubaan untuk menjejaskan program rumah mampu milik kerajaan negeri,” kata Rosli lagi.

Beliau berkata, beliau bersedia untuk memohon maaf kepada Lim dan membuat pembetulan kepada penyerahan perancangan perumahan mampu milik sekiranya Teng dapat membuktikan beliau membuat kesilapan dan julat harga tertinggi bukan RM400,000.

“Bagaimanapun, sekiranya Teng gagal melakukan sedemikian, maka beliau sepatutnya memohon maaf kepada saya untuk membuktikan bahawa beliau bukan sengaja mahu menjejaskan reputasi professional saya atau program perumahan mampu milik kerajaan,” kata Rosli lagi.

PDC akan meneruskan tugas membuka kaunter pendaftaran buat orang ramai di Komtar, pejabat PDC dan ibu pejabat MPSP di Bandar Perda bermula 7 Februari dari 9 pagi hingga 5 petang, termasuklah ketika cuti umum Tahun Baru Cina.

Semalam, Teng menyelar tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual rumah mampu milik pada harga mencecah RM400,000 seunit.

Menurut Teng, harga berkenaan tidak menepati matlamat asal projek berkenaan yang mahu melihat rakyat di negeri ini memiliki kediaman sendiri.

“Ini menimbulkan persoalan mengapa kerajaan negeri menjual rumah mampu milik pada harga di luar mampu milik. Adakah rakyat mampu membelinya?

“Kerajaan negeri perlu sedar tujuan pembinaan rumah mampu milik bukan bermotifkan keuntungan seperti pihak swasta, tetapi matlamat asalnya adalah untuk membantu rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada 381 pelajar sekitar daerah Timur Laut yang mendapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah tahun lepas, semalam.~ MI

Pendatang Indonesia Dakwa Pegawai Mahkamah Tawau Berikannya Kad Pengenalan Biru

Seorang pendatang Indonesia memberitahu inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram hari ini seorang pegawai Mahkamah Adat Tawau memberinya kad pengenalan biru pada 1979 untuk mengundi kerajaan dalam pilihan raya.


Yuhanis Bira, 57, berkata beliau tiba di Sabah pada 1973 dan menerima kad pengenalan enam tahun kemudian dari pegawai mahkamah tersebut, yang tidak disebut namanya, tanpa sijil kelahiran.

"Dia (pegawai) kata boleh sokong kerajaan...jadi saya sokong kerajaan lah," kata Yuhanis kepada RCI hari ini.

"Mengundi?" tanya Datuk Ahmad Abd Rahman, dari Persatuan Undang-Undang Sabah.
"Ya," kata Yuhanis.

Yuhanis berkata beliau mendaftar sebagai pengundi sejak 1981 dan mengundi setiap kali pilihan raya selepas itu.

Parti Berjaya memerintah Sabah dari 1976 hingga 1985, di mana bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh menafikan kewujudan "Projek IC".

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama mentadbir, dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang kepada "Projek IC", dimana kewarganegaraan diberikan kepada warga asing untuk mendapatkan undi.

Yuhanis berkata beliau hanya membayar pegawai mahkamah itu sebanyak RM12, yang diterima pada 1979 selepas bertemu dengan pegawai mahkamah itu setahun selepas itu.

Menurut Undang-undang Kewarganegaraan 1964, mereka yang ingin memohon untuk menjadi warganegara Malaysia melalui penaturalisasian mesti menjadi seorang pemastautin tetap selama lebih daripada 12 tahun dan telah berada di Malaysia selama lebih daripada 10 tahun.

Seorang lagi pendatang dari Indonesia Berahim Abdullah mengaku rakannya membantu beliau mendapatkan kad pengenalan biru pada tahun 1990 tanpa sijil kelahiran, sepuluh tahun selepas beliau tiba di Sabah untuk mendapatkan pekerjaan.

Berahim, yang juga bekerja sebagai chef, berkata beliau mendaftar sebagai pengundi dan mengundi empat kali di Kunak.

Ditanya mengapa beliau mendaftar sebagai pengundi, Berahim berkata untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua Yuhanis dan Berahim berkata kad pengenalan mereka tercatat tempat lahir mereka sebagai Sabah, walaupun mereka mengaku lahir di Indonesia.

Beberapa pendatang Pakistan dan India telah memberi keterangan baru-baru ini tentang mendapatkan kad pengenalan biru - sama ada dari orang tengah atau dari JPN secara langsung dalam hanya beberapa tahun selepas tiba di Sabah.

Bekas hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan menyambung semula inkuiri pada 22 Februari.~ MI

[Panas] Mahathir Suruh Najib Undur, Jika Kalah PRU13

'Najib perlu berundur jika gagal dalam PRU 13, kata Dr M' 

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.

"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.

"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya.

"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar.

Dr Mahathir sebelum ini juga berkata kerajaan sedia ada ketika ini adalah sebuah kerajaan yang lemah dan menyifatkan keberanian serta kelantangan banyak pihak yang mengecam kerajaan adalah berpunca daripada keputusan lalu yang menyaksikan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisionalnya.

“Ini soal kuat dan lemah, sekarang kita (Umno) lemah dan tanpa majoriti 2/3 kita akan terus menjadi lemah,” kata mantan perdana menteri itu.

“Kalau kerajaan kuat, orang tidak akan berani mencabar kerajaan,” kata beliau pada satu forum 17 Januari lalu anjuran Karangkraf.

Mengikut tradisi dalam Umno, seseorang pemimpin yang gagal memberikan kemenangan secara majoriti akan menyebabkannya disingkir seperti yang berlaku kepada Abdullah pada 2008 dan juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang tewas pada pilihan raya lalu.

Menjelang PRU yang akan diadakan tahun ini, Najib merayu agar pengundi memberikan mandat baru kepadanya untuk meneruskan dasar reformasi yang boleh merangsang Malaysia ke hadapan dan lebih baik walaupun mengakui kelesuan parti itu dan gabungan pemerintah BN itu ke arah perubahan.

Najib berkata mandat besar diperlukannya jika Malaysia mahu meningkat dalam ekonomi global untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Di samping itu, Najib juga mengakui bahawa BN dan parti utama, Umno kurang popular sejak tahun kebelakangan ini disebabkan kelemahan tetapi menggesa pengundi memberinya peluang untuk membuat perubahan yang diperlukan.

Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.

Najib berhadapan misi paling getir menjelang pilihan raya tahun ini yang dianggap paling sengit dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan, malahan beliau sehingga kini masih belum memutuskan senarai nama calon yang akan bertanding serta berteka-teki dengan dengan tarikh pilihan raya yang perlu diumumkan selewat-lewatnya April ini.~ MI

Polis Dah Ambil Keterangan Ibrahim Ali

Polis Pulau Pinang telah merekodkan keterangan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dan ketua penerangannya Roslan Kassim bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ada pihak menganjurkan perhimpunan membakar Bible versi bahasa Melayu di negeri ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata ada pihak mendakwa perhimpunan membakar Bible itu diadakan di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth, dekat sini Ahad lepas.

Bagaimanapun polis mengesahkan tiada sebarang perhimpunan sedemikian diadakan di Padang Bandaran Bagan Luar.

Katanya polis mengambil keterangan kedua-dua pemimpin Perkasa itu semalam dan kertas siasatan mengenai kes itu telah siap.

“Kedua-duanya memberikan kerjasama yang baik dan kami akan serahkan kertas siasatan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bacaan Ikrar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Pulau Pinang di sini hari ini.

Selasa lepas, polis menerima laporan daripada seorang paderi mengenai risalah bertulis “jom bakar...pesta bakar Bible Melayu demi masa depan cucu kita” yang dimasukkan ke dalam peti surat di sebuah gereja.

Abdul Rahim berkata selain dua pemimpin Perkasa itu, pihaknya turut merekodkan keterangan beberapa individu lain bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Seksyen itu memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan. – Bernama

Berkaitan : Disini

600 Nombor IC Dikeluarkan Lebih Dari Seorang, Kata Pegawai JPN

Gambar Fail
Terdapat 600 nombor kad pengenalan, dimana setiap satu dikongsi lebih dari lebih dari satu orang, kata seorang pegawai di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram disini hari ini.

Pengarah JPN Putrajaya (bahagian kad pengenalan) Md Solehan Omar juga menafikan kad pengenalan biru diberikan kepada orang asing.

“Saya ingin menyatakan pemberian kad pengenalan berdasarkan undang-undang,” kata Solehan kepada RCI hari ini.

“Seseorang hanya boleh mendapat kad pengenalan Malaysia jika mereka adalah rakyat Malaysia,” tambah beliau.

Walau bagaimanapun, tidak ada seorang peguam pun yang menyoal Solehan tentang mengapa terdapat 600 kad pengenalan biru yang mana setiap satunya, digunakan oleh lebih dari satu orang.

Solehan juga berkata bahawa “satu nombor kad pengenalan hanya boleh digunakan untuk satu pemilik.”

Beberapa pendatang Pakistan dan India telah memberi keterangan baru-baru ini tentang mendapatkan kad pengenalan biru — sama ada dari orang tengah atau dari JPN secara langsung dalam hanya beberapa tahun selepas tiba di Sabah.

Menurut Undang-undang Kewarganegaraan 1964, mereka yang ingin memohon untuk menjadi warganegara Malaysia melalui penaturalisasian mesti menjadi seorang pemastautin tetap selama lebih daripada 12 tahun dan telah berada di Malaysia selama lebih daripada 10 tahun.

Seorang pendatang India memberi keterangan semalam bahawa beliau menerima kad pengenalan biru tanpa memberikan apa-apa dokumen sokongan, tetapi hanya dengan mengisi borang dari pegawai JPN yang tersilap tulis tempat lahirnya sebagai di Tuaran.

Satu lagi pendatang India memberi keterangan Selasa lepas bahawa dia telah menerima kad pengenalan biru dari JPN selepas tinggal di Sabah selama enam tahun, dengan hanya mengeluarkan suatu perakuan bersumpah yang salah menyatakan tempat lahir sebagai di Papar.

Ditanya sama ada terdapat kad pengenalan biru bermasalah yang dikeluarkan di Sabah, Solehan menegaskan masalah adalah sekadar mengenai permohonan yang tidak dapat diproses cara biasa.

“Contoh, gambar tidak sama seperti dalam rekod JPN, cap jari tidak sama seperti dalam rekod JPN, nama yang tidak sama,” katanya.

“Saya tidak mengatakan masalah ini adalah tentang orang-orang yg tdk layak (mendapatkan kad pengenalan),” tambah Solehan.

Beliau juga mengatakan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada tahun 2006 untuk menyelesaikan isu kad pengenalan yang bermasalah di Sabah.

Pegawai JPN menambah JPN tidak aktif untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika ia mendapati kad pengenalan biru yang dikeluarkan kepada warga asing, kerana terdapat satu sistem perkongsian maklumat di kalangan agensi-agensi kerajaan pada kad pengenalan.

“ALIS adalah sebuah sistem  pautan agensi di mana agensi-agensi kerajaan lain boleh mendapatkan data dalam kad pengenalan, seperti SPR, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan dan polis,” kata Solehan.

“(Mereka berkongsi maklumat seperti) nombor kad pengenalan, nama alamat dan tempat lahir,” katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama mentadbir, dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang kepada “Projek IC”, dimana kewarganegaraan diberikan kepada warga asing untuk mendapatkan undi.

Tetapi bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri itu dari 1976 hingga 1985 menafikan kewujudan “Projek IC”.

Dr Mahathir baru-baru ini berkata pendatang asing di Sabah menerima warganegara, tetapi mengikut undang-undang.~ MI

Dah Gagal Jawab Isu Seleweng Tanah Di Perak, Fitnah Pula TG Nik Aziz.......Zambry Oh Zambry

Gagal jawab tuduhan, Umno balas fitnah – Nizar Jamaluddin 

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, banyak tanah Perak diseleweng kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Zambry Kadir didedahkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi isu tersebut gagal dijawab.

“Bila Umno BN gagal jawab isu, mereka timbulkan pula fitnah kononnya Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) merasuah pemimpin DAP Perak untuk berikan saya jawatan Menteri Besar dengan memberikan tanah Kelantan.

“Fitnah ini jelas menghina kedudukan Sultan Perak yang berkuasa mutlak melantik Menteri Besar dan pemimpin Umno BN yang celupar fitnah dan mereka patut didakwa segera,” kata Adun Pasir Panjang itu di hadapan lebih 5,000 hadirin.

Pelbagai bangsa termasuk Orang Asal dari Chenderiang dan Kampung Batu Berangkai, Kampar hadir pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Perak, Temoh Stesen, Tapah, malam kelmarin.

Nizar berkata, himpunan rakyat Tapah yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas merupakan mesej sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN itu bahawa rakyat mahukan perubahan.

Turut hadir, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Adun Hutan Melintang, S Kesavan; Adun Sungkai, A Sivanesan; Adun Keranji, Chen Fook Chye dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Mustafa Kamil Ayub.

Mengulas suasana aman ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu, Nizar berkata, himpunan boleh aman jika tiada provokasi dari Umno BN.

“Polis memberi kerjasama hari itu. Rusuhan yang tercetus sebelum ini semua berpunca dari Umno BN yang gemar melihat keganasan untuk memastikan mereka terus berkuasa,” ujar bekas MB Perak yang dirampas jawatannya itu secara haram oleh BN.~ kd

Satu Kekecohan Berlaku Di JPN P,Pinang, Polis Cuba Halang Peserta Protes

Satu kekecohan berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang apabila polis cuba menghalang peserta protes yang memegang kad pengenalan (IC) merah daripada memasuki premis tersebut.

Kira-kira 30 pemegang IC merah dan keluarga mereka serta beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum itu berkumpul di Jalan Larut pagi ini sebelum berarak ke pejabat JPN di Anson Road.

NONEKumpulan itu, yang diketuai Naib Presiden PKR, N Surendran, termasuk warga emas dan kanak-kanak yang gagal mendapatkan IC biru dari JPN.

Apabila mereka tiba di destinasi tersebut, kekecohan berlaku apabila polis cuba menghalang mereka memasuki pejabat JPN itu.

"Ini menyalahi undang-undang," kata Surendran.

Satu peserta protes itu menjerit "polis sabotaj kita!"

Ancaman ditangkap

Latheefa Koya dari Peguam NGO for Liberty berkata polis telah mengancam untuk menangkap mereka.

Mereka disertai ramai penyokong dan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak), Jason Ong (Kebun Bunga), dan Ng Wei Aik (Komtar).

Terdapat juga beberapa individu dengan IC hijau menyertai perhimpunan tersebut.

Selepas pemimpin Pakatan berunding dengan pihak polis, kumpulan itu dibenarkan memasuki ke bangunan tersebut.

Mereka duduk di lobi dan menunggu untuk tindakan selanjutnya dari JPN.

Terdahulu, perarakan sejauhj 100 meter tidak mengganggu aliran trafik kerana polis dan anggota unit rondaan sukarela membantu mengawal lalulintas.

Mereka membawa sepanduk dengan slogan 'duduk' dan 'bantah' serta melaungkan "Hidup rakyat".
 
sharpshooter 

Utusan Kalah Lagi !!!, Sedia Bayar Ganti Rugi Kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota

Laporan fitnah: Utusan sedia bayar ganti rugi pada Azan Ismail 

Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.

Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.

Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.

“Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan,” jelas Azan mengulas keputusan itu.

Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus.

“Saya tidak langsung memikirkan jumlah wang yang mereka mahu bayar, tapi mereka perlu menyedari apa yang mereka buat dan memberitahu kesilapan mereka kerana menyiarkan berita tidak benar,” katanya ditemani peguam, A Vasudevan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, pada 5 Februari, skala permohonan maaf akan ditentukan pihak mahkamah, dan jika Pengerusi KEADILAN Terengganu itu tidak berpuas hati, kes akan dibicarakan secara terbuka.

Azan memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambar beliau bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.

Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.~ kd

                       

[Gempar] Musa Aman Menyekat Penghantaran Pulang, Orang Yang Paling Dikehendaki Polis Filipina


                                          'Musa Aman tidak disenangi Filipina'

NONESetiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas telah mendakwa bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman telah menyekat penghantaran pulang orang yang paling dikehendaki di negara itu.

Manuel Karingal Amalilio  – individu yang dikehendaki polis  Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang, membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) -  dikatakan anak saudara Musa tetapi polis Malaysia telah menafikannya.

Menurut laporan yang disiarkan dalam ABS-CBNNews.com -  lamanweb berita konglomerat media Filipina ABS-CBN Jumaat lepas -  Roxas memberitahu sebuah saluran TV tempatan bahawa Musa (kanan) telah menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) daripada membawa Amalillo kembali ke Filipina.

“Tidak jelas mengapa pihak berkuasa Malaysia menyekat Amalilio daripada berlepas,” Roxas dipetik sebagai berkata.

Beliau menambah bahawa pegawai penguatkuasa Filipina telah membawa semua dokumen yang diperlukan bersama mereka, termasuk sijil kelahiran dan pasport Filipina Amalilio, untuk membuktikan suspek penipuan itu adalah warganegara Filipina.

NONE“Kami mempunyai dokumentasi lengkap Amalilio sebagai Filipina,” kata Roxas.

Amalilio, yang memiliki Futures Group, dilaporkan mendakwa sebagai warganegara Malaysia dan menggunakan nama alias Mohammad Suffian Saaid.

Roxas berkata itu mungkin menjadi punca konflik tersebut.
 
Menurut laporan berita itu, Amalilio ditangkap oleh polis imigresen Malaysia pada 22 Januari kerana menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.

Roxas berkata, Jabatan Hal Ehwal Luar, khususnya duta ke Malaysia, Ed Malay, sedang berusaha keras untuk membawa Amalilio pulang ke negara itu untuk menghadapi beberapa tuduhan terhadapnya.

Deportasi disekat pada saat akhir

NONESementara itu, Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima  memberitahu media bahawa Filipina telah melakukan segala-galanya untuk membawa balik Amalilio, kerana semua dokumen suspek penipuan itu lengkap dan disahkan.


Akhbar harian Filipina, The Philippine Star juga memetik De Lima sebagai berkata bahawa pegawai Malaysia – seorang daripadanya dikenalpasti olehnya sebagai Musa – telah campurtangan dan menyekat deportasi Amalilio Khamis lepas.

“Penerbangan (Amalilio) telah disekat oleh seorang pesuruhjaya polis Malaysia atas arahan pihak atasan.”~ kl today

Projek IC: RCI Gagal Mengheret 'Tangan Ghaib'

RCI pendatang asing Sabah gagal heret ‘tangan ghaib’ – Fuziah 

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) gagal mengheret ‘tangan ghaib’ yang terlibat dalam pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.

Katanya, ini kerana RCI itu hanya memfokuskan kepada operasi tetapi tidak menyiasat individu yang bertanggungjawab.

“Kalau mengikut laporan RCI yang sedang berlangsung sekarang, kita dapati perkara-perkara yang disiasat hanya pada permukaan, seolah-olah melepaskan batuk di tangga,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu ketika dihubungi.

“RCI tak selidik siapa yang bertanggungjwab, contohnya penglibatan Setiausaha Politik Dr Mahathir, Abdul Aziz Shamsuddin. Ia membuktikan wujud ‘tangan ghaib’ yang mengarahkan semua itu,” jelasnya.

Menurut Fuziah, pendedahan tersebut merupakan isu besar, namun melihat kepada perjalanan RCI di Kota Kinabalu, ia tidak akan menjurus ‘tangan ghaib’ tersebut.

“Saya yakin operasi pemberian IC tersebut melibatkan pengkhianatan oleh pihak tertinggi kepada rakyat Malaysia,” katanya.

“Saya seru agar pihak RCI gunakan prosiding tersebut untuk selidik siapa sebenarnya yang memberi arahan tersebut. Gali isu ini, bukan hanya fokus kepada pegawai-pegawai di bawah yang terlibat,” katanya lagi.

RCI memulakan prosiding pada 14 Januari lalu dengan menampilkan 48 saksi.

Sehingga kini, pelbagai pendedahan oleh saksi, antaranya, penglibatan dua orang kanan Mahathir, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dan Tan Sri Aziz Shamsuddin dalam pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Semalam, pegawai polis cawangan khas (SB), DSP Badaruddin Ismail memberitahu, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ramli Kamaruddin menjual 16,000 resit JPN dengan nilai RM1 juta.

Selain itu, turut didedahkan bagaimana warga Pakistan, Prabesh Khan Hussein boleh mendapat kerakyatan Malaysia dalam masa 20 hari dengan hanya bayaran RM330.~ kd

Tiada Pemimpin Akan Digugurkan, Kata Datuk Mustafa Ali

Mustafa Ali Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan kemungkinan seorang lagi pemimpin kanan parti itu akan digugurkan keanggotaan dalam Majlis Syura Ulama dan tidak dicalonkan di mana-mana kawasan.

“Tidak ada (pemimpin kanan digugurkan dalam Majlis Syura),” katanya dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas aktivis dan ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail yang mengatakan seorang lagi pemimpin Pas akan menerima nasib sama seperti bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.

Majlis Syura Ulama Pas, pada mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari, menggugurkan Nasharudin sebagai anggota majlis itu kerana didapati melanggar peraturan ditetapkan parti.

Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok turut tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Mustafa berkata, tiada perbincangan dilakukan mengenai pengguguran mana-mana anggota Majlis Syura selepas Nasharudin.~ Sinar

Nasha Perlu Keluar Pas, Jika Berhajat Untuk Menyertai Parti Lain

MAHFODZ-MOHAMED
Datuk Dr Mahfodz
Nasha perlu tinggalkan Pas jika....

SENAI – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang digugurkan keanggotaan oleh Majlis Syura, 13 Januari lalu, perlu keluar Pas jika berhajat untuk menyertai parti lain, tegas Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

“Jika dia pilih parti lain untuk dianggotai, dia kena keluar Pas kerana dia tak boleh menyertai dua parti. Isunya kini beliau hanya digugurkan oleh Majlis Syura.

“Bagi saya tidak ada halangan Nasha untuk terus aktif dalam parti namun dia kena ikut peraturan yang ditetapkan, malah tahun depan masih ada pemilihan, dia boleh bertanding sebagai Timbalan Presiden jika mahu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahfodz berkata, Nasha sememangnya aktif dalam pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Al-Quds, dan itu hak beliau untuk meneruskan aktiviti dan cita-cita.

“Saya percaya tentunya sebagai manusia akan timbul perasaan kecil hati apabila Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat) bersuara bagi menentukan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Bachok.

“Tapi jika perkara itu membuatkan dirinya hendak keluar, itu hak dia. Sekiranya ia benar terjadi ia memang memberi kesan kepada Pas tetapi saya percaya ia bukan itu tempoh yang lama,” katanya.

Jelasnya, jika Nasha benar-benar ingin mendaulatkan Islam, hanya Pas sahaja parti yang memperjuangkan wadah Islam.~ Sinar

Pihak Berkuasa Harus Mempercepatkan Tindakan Terhadap Ibrahim Ali ~ Bekas Peguam Negara

Pihak berkuasa harus mempercepatkan tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubungan dengan gesaannya untuk membakar bible, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.

Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang lantang itu dilaporkan menggesa agar kitab suci penganut agama Kristian itu dibakar dalam satu sidang media di Pulau Pinang pada 19 Januari.
 
“Isunya bukan pembakaran bible. Apa yang menjadi isu adakah beliau mengucapkan kata-kata tersebut?” kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.

“Jika ya, sama ada kata-kata tersebut berunsur hasutan menurut Akta Hasutan dengan membacanya secara keseluruhan dan dalam konteks ianya dibuat.

Jadi, sama ada bible telah dibakar adalah tidak ketara walaupun membantu dalam pendakwaan kes itu jika beliau didakwa,” katanya.

Bekas peguam tertinggi kerajaan itu berkata laporan polis yang dilakukan  pengadu terhadap kenyataan provokatif Ibrahim berkait dengan pertikaian mengenai penggunaan kalimah “Allah” yang masih belum selesai semenjak empat tahun lalu.

Beliau mengatakan tidak ada sebab penguatkuasa undang-undang berlengah-lengah membuat keputusan sama ada mahu mendakwa atau tidak ahli parlimen bebas itu yang telah dituduh mencetuskan ketegangan di antara penganut agama Islam,

“Demi keadilan kepadanya bersihkan beliau segera jika beliau tidak bertindak bertentangan dengan Akta Hasutan 1948 atau untuk perkara itu, mana-mana undang-undang yang terpakai,” kata lelaki berusia 73 tahun itu yang menjawat jawatan peguam negara selama 13 tahun dari 1980 hingga 1993, merujuk kepada Ibrahim.

Majlis Peguam dan ahli parlimen pembangkang Karpal Singh telah mendesak kerajaan untuk mendakwa ahli parlimen Pasir Mas itu kerana menghasut akan tetapi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengatakan tindakan hanya akan diambil kepada Ibrahim jika bible telah dibakar, dan kenyataan Ibrahim tidak membimbangkan beliau.
 
Menekankan tentang isu ini, Abu Talib berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bekerja untuk memansuhkan undang-undang kuno, seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) – yang telah secara meluas digunakan sebagai alat untuk menindas perbezaan pendapat – untuk mempercepatkan perjalanan sistem keadilan di negara ini dan selaras dengan dasar hak asasi manusia antarabangsa.

“Demokrasi, menjadi kerajaan dari, untuk dan oleh rakyat, menunjukkan penduduk perlu diberi perkhidmatan dan yang dipilih adalah hamba, dan bukan sebaliknya,” kata Abu Talib yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pejabat Peguam Negara dan pasukan polis telah dikutuk oleh orang ramai baru-baru ini dengan pembangkang Rakyat Pakatan (PR) menuduh dua institusi awam itu bekerja dengan musuh politik mereka Barisan Nasional (BN), bagi memastikannya terus berkuasa.

Pejabat Peguam Negara di bawah pimpinan Abdul Gani diserang dengan tuduhan mengamalkan pendakwaan terpilih, termasuk daripada bekas penjawat awam lain seperti bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Tinjauan baru-baru ini terhadap lima institusi awam oleh Merdeka Center menyaksikan polis adalah yang paling tidak dipercayai dikalangan pengundi kali pertama Pilihan Raya 2013, berbanding kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri, sistem kehakiman, badan penggendali pilihan raya dan parti politik.
 
Ahli-ahli politik dan pemimpin gereja telah membidas Ibrahim, pengasas dan presiden Perkasa kerana didakwa menyemarakkan kebencian agama diantara orang Islam dan bukan Islam.

Islam adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60 peratus, manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin gereja dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada umat Islam di seluruh negara “musuh-musuh Islam” akan cuba untuk mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang sama.

Pemimpin Islam dan Kristian di sini bertelagah di atas penggunaan perkataan Arab “Allah” walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2009 memerintahkan Islam tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan “Allah”.
 
Perdebatan timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena Hari Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula pengharaman terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.

Kumpulan gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.

Kumpulan penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah” daripada terus berlarutan.

-Malaysian Insider

Buru Peserta Bawa Kanak2 Di #KL112, Lagi Cepat Umno BN Jatuh


HKR: Buru peserta bawa kanak-kanak bakal percepatkan Umno BN jatuh- CheguBard 
#KL112 mencatatkan sejarah tersendiri. Tidak ada siapa yang boleh memberikan angka tepat mengenai berapa ramai yang berhimpun dalam dan di sekeliling stadium pada 12 Januari lepas.

Namun seperti biasa angka ini akan dijadikan bahan oleh regim untuk perkecil himpunan rakyat ini.

Mulanya regim mengumumkan tidak lebih dari 30,000 orang sahaja, namun jumlah ini disentak dengan pengumuman polis yang menyatakan pihak penganjur bersalah langgar syarat kebenaran iaitu melebihi 30,000 orang.

Apa pun penafian kebangkitan rakyat dengan regim bermain nombor mudah dipatahkan dengan gambar himpunan.

Isunya bukan sekadar jumlah, bagi regim ini makin panik ialah di manakah agensi seperti PDRM berada?

Di mana-mana sejarah kebangkitan rakyat menghumban regim tua, di mula kebangkitan pasti polis atau tentera alat penting regim untuk mematahkan kebangkitan rakyat tetapi apabila hakikat sebenar bahawa betapa regim membawa kerosakan dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi maka saat kemenangan kebangkitan rakyat akan ditandakan dengan bermulanya (selalunya sebahagian) dari polis atau tentera sedia untuk ‘mengkhianati regim’ dan duduk bersama rakyat.

Tanda ini agak jelas ketika Himpunan #KL112 atau HKR baru-baru ini.

Bagaimana ketika Najib diluar negara, pimpinan utama polis selesa duduk berbincang dengan pimpinan rakyat di Bukit Aman sehingga persetujuan untuk mencipta sejarah himpunan rakyat paling aman dan paling ramai sejak merdeka.

Namun setelah Najib pulang dari luar negara ‘mungkin’ polis ditekan dan dipertikai mengapa PDRM berani memberi jaminan sedemikian, maka sedikit gangguan dimunculkan iaitu surat cadangan mengalih lokasi himpunan ke Bukit Jalil.

Akhirnya semua berjalan sempurna. Ini membuktikan selama ini jika tanpa campur tangan regim (baca : Umno/Bn) memperdaya PDRM pasti semua himpunan aman dan baik dan hubungan PDRM dan rakyat akan terpelihara juga dihormati.

Depan mata saya bagaimana selepas himpunan ada yang mengutip sampah, ramai yang berjalan berkumpulan tua / muda mendekati anggota polis dan bersalaman.

Masih ingat gelak tawa gurauan anggota polis yang berdialek Borneo di stesen LRT Stadium yang mengatakan ‘macam hari raya’ apabila semua orang bersalaman dengannya dan kawanya pula bercakap ‘aik macam menteri pula rasa’. Semua jadi tertawa.

SAMM bergerak dari Kg. Baru ke Stadium Merdeka. Kami sudah putuskan satu perarakan yang meriah dengan lagu – lagu bermasej ‘rakyat’, selawat, nasyid dan sebagainya.

Ribuan yang bersama perarakan SAMM ke Stadium Merdeka pasti bergembira sebagai sinambungan program mengira detik di Kampung Baru, KL malam sebelum itu.

Masih teringat lagi demonstran mengambil gambar sambil sama menari dengan anggota trafik mengikut muzik lagu Korupsi (one buck short) dan bongkar (iwan Falls) diselang seli lagu Ubah Jang Ubah. watak yang sama tetapi imej berbeza ketika Bersih 3.0, yang bezanya ialah campur tangan jahat Bn.

Namun regim ini tidak pernah akur dengan kebangkitan rakyat. Isu bawa kanak-kanak pula dinaikkan.

Ada maklumat dari dalam PDRM menyatakan keluhan mereka kerana dipaksa melakukan kerja bodoh iaitu meneliti gambar peserta #KL112 dengan kanak- kanak.

Semalam Polis mula mengedarkan kononya gambar peserta yang membawa kanak-kanak.

SAMM menyeru semua peserta himpunan yang terlibat supaya mendapatkan nasihat guaman dahulu sebelum bertindak.

Namun jauh dari itu SAMM bersimpati dengan polis yang dipaksa regim untuk bertindak sedemikian.

NONESehari dua ini apabila pimpinan PDRM WP muncul dengan pengumuman iba bapa bawa anak ini ramai yang tertawa dan tidak kurang kecewa.

Ada yang mengatakan dari cari ibu bapa yang bawa anak lebih baik PDRM guna masa tersebut untuk cari ibu bapa yang buang anak atau anak hilang.

Namun SAMM mengajak orang ramai jangan menyalahkan PDRM 100 peratus dalam perkara ini, mereka sedar tindakan mereka ini bakal ditertawakan dan buang masa tetapi mereka dipaksa oleh regim BN yang sudah hilang punca.

Hari yang sama 12 Januari 2013, Najib juga melakukan himpunan di Semenyih. Untuk mengumpulkan ramai orang maka bertrelar beras diagih percuma , ibu bapa ramai yang membawa anak. Dalam berebut beras ada yang pengsan dan terhimpit.

SAMM bersimpati dengan PDRM dan menyeru untuk PDRM khususnya pimpinan utama mereka agar punya sedikit lagi keberanian untuk terus berdiri bersama rakyat.

SAMM amat yakin PDRM mendapat maklumat lengkap mengenai betapa tapak sokongan BN amat goyah kini. BN akan kalah dalam PRU akan datang (jika PRU itu adil).

Paling penting pimpinan utama PDRM sendiri tentu sedar betapa Bn makin membawa kerosakan pada negara, pendedahan Musa Hasan bekas Ketua Polis Negara mengenai campur tangan pemimpin politik BN dalam urusan PDRM selama ini sudah tentu menyentap imiginasi keseluruhan PDRM yang semala ini punya persepsi berbeza.

Yakinlah Malaysia tanpa BN pasti lebih baik untuk semua. Yang lebih penting menjatuhkan BN kali ini beerti kita sama menghidupkan suis demokrasi dalam negara.

Apabila demokrasi itu diaktifkan maka kerajaan yang takut dengan rakyat akan wujud. Jika PR tidak baik kita ganti semula.

Mitos menyatakan pertukaran parti pemerintah merosakkan negara perlu ditinggalkan. Semua negara maju sering bertukar kerajaan.

Huru hara akan muncul apabila sistem demokrasi mati dan regim terlalu zalim memperkuda agensi yang sepatutnya bebas menjaga kepentingan rakyat.

Kepada Peguam Negara dalam perkara ini ketahuilah kamu boleh terus melakukan pendakwaan tetapi yakinilah tindakan pendakwaan tersebut merupakan sabotaj besar kepada regim BN kerana akan mempercepatkan kejatuhan mereka.~ kd

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Berkaitan : Disini

Berkaitan : Disini

Najib Jadikan Palestin "Bola Politik" PRU13 ?

'Bimbang Hamas, Palestin jadi ‘bola politik’ Najib' 

PAS bimbang Hamas dan Palestin telah dijadikan “bola politik” oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk kepentingan PRU13 yang semakin hampir, dakwa Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat, Dato’ Kamarudin Jaffar.
 
Katanya, alasan Perdana Menteri tidak melawat Tebing Barat kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan dengan Israel yang menyebabkan delegasi Malaysia tidak boleh ke sana juga tidak boleh diterima.

Walhal katanya, oleh kerana Najib dan rombongannya pergi ke Gaza melalui Mesir, beliau sepatutnya dari Mesir boleh menggunakan pesawat Kerajaan Mesir untuk ke Ramallah dan Tebing Barat.

Najib ujar Kamaruddin, telah membangkitkan kemarahan sebahagian besar rakyat Palestin yang nampak tujuannya bukan untuk membantu keseluruhan Palestin tetapi sekadar untuk bermain berpolitik sahaja.

Beliau mengharapkan isu­isu berkaitan dengan Palestin sepatutnya boleh dilakukan secara bersama.

“Dalam perkara ini, PAS sejak kepimpinan Allahyarham Dato’ Fadzil Noor lagi bersedia untuk bersama Perdana Menteri pada waktu itu (Dr Mahathir Mohamad) untuk membincangkan isu Palestin.

“Tetapi kali ini Najib hanya menjadikan Palestin sebagai isu kepartian Umno­BN sahaja,” katanya.

Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat kesal kerana Najib yang sebelum ini tidak mengiktiraf Presiden Palestin, Ismail Haniyeh sebaik sahaja menang Pilihan Raya Palestin, tetapi tiba­tiba sahaja bersikap “talam dua muka”.

“Saya sendiri sering membangkitkan isu mengenai Hamas di Dewan Rakyat, tetapi Umno­BN tidak pernah mengiktiraf Palestin di bawah pimpinan Hamas.

“Kenapa baru sekarang selepas Ikhwan Muslimin menang pilihan raya di Mesir, maka baru Najib iktiraf Morsi dan Ikhwan?” soalnya.

Kata Kamarudin lagi, sikap bermuka­muka Najib juga dapat dilihat dalam lawatan tersebut apabila mengiktiraf Hamas sedangkan sebelum ini derma yang dikutip rakyat Malaysia diberikan melalui pemimpin Fatah di Kuala Lumpur dan wakil Hamas tidak dijemput untuk menerima derma tersebut.

Selain itu katanya, Umno juga mempunyai pendirian yang sama seperti Amerika Syarikat yang melabel Hamas sebagai pengganas kerana tidak pernah mem­bantah pendirian Amerika Syarikat itu.

“Jadi, saya mengharapkan Najib selepas ini mem­buat bantahan rasmi kepada Amerika Syarikat bahawa Hamas bukan lagi kumpulan pengganas,” tegasnya.

sumber

[VIDEO] Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim

                 
                 
                 

Padang Esplaned Taiping Diwartakan Sebagai Kawasan Perhimpunan Aman

'Berita Baik untuk orang Taiping: Padang Esplaned diwartakan sebagai kawasan perhimpunan aman'

Selepas ini tak perlulah lagi mana-mana Pertubuhan,Persatuan atau Parti Politik di sekitar Taiping nak mencari-cari lokasi untuk nak buat apa-apa perhimpunan ( Perhimpunan Aman), sebab rupa-rupanya Padang Esplaned  bersebelahan Bangunan Majlis Perbandaran Taiping ( MPT ) telah di-Gazette ( Warta) sebagai lokasi perhimpunan aman atau apa-apa tujuan untuk rakyat berhimpun.

Perkara ini disahkan oleh Yang Di-Pertua PAS Taiping Ust Fakharuddin selepas bertemu dengan OCPD Taiping Tuan Yusof Mat Diah pada 29 Jan 2013 semalam.

Ust Fakharuddin serta beberapa wakil NGO telah dipanggil untuk memberi keterangan berikutan berlaku bantahan dengan 14 laporan Polis telah  dibuat kerana sebuah majlis. ( Majlis Memperingati Mat Indera 60 tahun Di Tali Gantung ),

Akhirnya majlis tersebut dibenakna untuk diteruskan dengan mengubah lokasi asalnya di kawasan Pasar Malam Kemunting ke Balai Islam Bukit Jana.

"Dalam sessi memberi keterangan ini OCPD Taiping Tuan Yusof Mat Diah telah memberi tahu bahawa Padang Espelaned boleh diguna pakai bagi tujuan perhimpunan aman bagi mana-mana pertubuhan dan sebagainya dengan membuat permohonan kepada pihak berkaitan seperti MPT dan sebagainya 10 hari sebelum sesuatu acara atau perhimpunan dilakukan"- ujar Ust Fakharuddin.

Pihak PAS Taiping menyambut baik berita ini dan akan mengunakan kemudahan yang disediakan serta yang dijanjikan dengan sebaik-baiknya sekiranya mengunakan Padang Esplaned dimasa akan datang.

orangni

Umno Hati Busuk, Cuba Gagalkan MB Agih Geran Kepada Peneroka

GUA MUSANG: Sekumpulan penduduk di Paloh 2 difahamkan dipengaruhi Umno cuba menggagalkan program Kerajaan Negeri Kelantan mengagihkan geran kepada peneroka di RKT Lebir hari ini.

Kira-kira 40 penduduk mengadakan demonstrasi di Simpang Paloh 2 dengan mengangkat sepanduk kertas ketika Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui kawasan itu untuk ke RKT Lebir.

Mereka melaungkan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

Seorang ahli Umno yang mahu dikenali sebagai Pak Leh mendakwa kumpulan penyokong Umno Paloh 2 cuba menggagalkan program penyampaian geran di Lebir.

“ Saya juga merima panggilan mlm tadi supaya hadir pada demontrasi tersebut.

"Saya diberitahu mereka mahu gagalkan program penyampaian geran. Tetapi tadi ada peneroka di sini yang pergi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Lot Kediaman kepada 84 peneroka.

Penyampaian geran tersebut disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Muhamad, Dun Paloh, Shah Aminudin, Penyelia Dun Nenggiri, Zuki Ibrahim, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husin dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Husin.

Program penyampaian geran diteruskan biarpun Umno cuba menggagalkannya.

Malah di majlis itu, 54 orang ahli Umno turut menerima geran.

Turut kelihatan di tempat demontrasi ialah isteri Adun Paloh, Datin Mariah Din.

Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah juga ditemui tidak jauh dari lokasi demonstrasi.

Menteri Besar turut mengakui ada pihak tidak senang dengan program berkenaan.

Katanya, rakyat tanpa mengira politik turut diberi geran hak milik bagi membolehkan mereka memiliki tanah secara sah.

Orang ramai menyifatkan tindakan kumpulan penyokong Umno itu tidak wajar kerana cuba menghalang Menteri Besar mengagihkan geran kepada rakyat.~ hd

Projek IC : Rakyat Sabah Kesal Dengan Mahathir

Projek IC: Rakyat Sabah kecewa negeri digadai 

Rakyat Sabah kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan Mahathir memberi kewarganegaraan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan memberi kesan kepada rakyat Sabah sekarang ini.

"Sebagai rakyat Sabah saya kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang melakukan tindakan tidak mengikut prosedur dan undang-undang.

"Sekarang ini kita sendiri pun tidak dapat membezakan mana penduduk yang betul, mana penduduk yang dapat kerakyatan melalui pemberian IC ini.

"Rakyat asing mula menguasai negeri kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Aminuddin juga berkata, rakyat Sabah juga tertanya-tanya sikap berdiam diri kerajaan walaupun orang yang terlibat dalam perkara ini sudah pun membuat pengakuan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

"Kita tidak persoalkan kalau kerakyatan itu diberikan kepada mereka yang memang layak dan mengikut undang-undang yang betul.

"Sebahagian yang mengaku melakukan perkara itu sudah pun membuat pengakuan tapi kenapa tindakan yang diambil? Diam begitu sahaja," katanya.

Justeru tegasnya, pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih amanah dalam menjaga kedaulatan negara dengan tidak memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing sewenang-wenangnya.

"Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, dan menteri yang berkaitan seharusnya menjaga amanah mereka.

"Jangan permudahkan hal yang salah kerana tindakan mereka ini tidak menguntungkan rakyat Malaysia," tegasnya.~ hd