Cari Blog Ini

Chin Peng Merupakan Antara Tokoh Yang Memperjuangkan Kemerdekaan, Tapi Zahid Hamidi Tetap Mengatakan Chin Peng Pengganas


“Iktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan,” kata bekas ketua pengarang Utusan

Sudah sampai masanya kerajaan mengiktiraf bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Said Zahari (gambar).

Menurutnya, biarpun kerajaan cuba menafikan hak Chin Peng namun hakikatnya beliau tetap merupakan anak kelahiran Malaysia dan sejarah tidak menafikan bekas pemimpin komunis itu juga merupakan antara tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Saya menganggap Chin Peng ini perjuang kemerdekaan, Chin Peng dan rakan-rakannya sebenarnya merupakan sebahagian dari kemerdekaan negara, benar mereka ini menganggotai parti komunis tapi demi membebaskan Tanah Melayu dari penjajah.

"Mereka ini sebenarnya yang menentang British, namun kerana politik, kerana British mahu menguasai negara ini maka mereka melabelkan Chin Peng ini sebagai musuh negara," kata Said ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Said yang pernah memimpin mogok Utusan membantah pengambilalihan oleh Umno itu, tidak wajar kerajaan menghalang Chin Peng dari pulang ke tanah air.

"Chin Peng ini anak kelahiran Sitiawan Perak, darahnya mengalir di negara jadi mengapa hak mendiang sebagai rakyat Malaysia dinafikan tidak dibenarkan pulang ke negara?

Beliau patut diberi penghormatan untuk kembali ke negara, biarlah Chin Peng bersemadi dengan aman di tanah airnya sendiri.

Chin Peng
"Chin Peng benar-benar seorang pejuang, begitu setia pada negara lihatlah sampai saat terakhir beliau tetap mahu kembali ke negara asalnya saya rasa sudah tiba masa rakyat Malaysia menerima Chin Peng sebagai rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan bukannya pemberontak," katanya.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.

Menurut Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.

Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bekas pemburu komunis tiada dendam dengan Chin Peng

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas (SB) Tan Sri Yuen Yuet Leng menyifatkan bekas pemimpin komunis Chin Peng (gambar) sebagai rakan biarpun beliau sebelum ini dikenali antara pegawai negara yang giat memburu komunis.

“Saya kehilangan rakan yang dulunya merupakan musuh namun dari situ bermulalah persahabatan kami, moga rakan saya bersemadi dengan aman,” kata Yuen dalam reaksinya mengenai kematian Chin Peng pagi tadi atau nama sebenarnya Ong Boon Hua.

Perjanjian Damai Haadyai 1989 antara Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) menyaksikan pembubaran  parti itu setelah konflik yang berlarutan hampir berdekad lamanya.

Selepas menandatangani perjanjian tersebut di Haadyai Thailand, Yuen dan Chin Peng ketika itu dilihat bergurau sesama sendiri serta mengejutkan wartawan yang hadir membuat liputan pada waktu itu.

Salah seorang dari wartawan bertanyakan kepada Yuen setelah sekian lama memburu  komunis menghapuskan gerakan itu tidakkah beliau mempunyai perasaan benci terhadap Chin Peng.

“Ketika itu saya menoleh ke Chin Peng dan bertanya padanya adakah dia mahu saya menjawab soalan tersebut bagaimanapun dia meminta saya menjawab soalan itu.

“Saya berkata kami pernah cuba membunuh sesama sendiri sebelum ini namun hari ini kami masih bernyawa dan berada di Haadyai, jadi wujudkah kebencian itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Apabila usia kami meningkat maka timbullah perasaan hormat itulah pengertian kematangan,

“Ketika kami masih muda, kami menentang sesama sendiri  kerana perbezaan ideologi namun apabila perjanjian ini ditandatangani kami lebih memahami  diri masing-masing,” katanya.

Sementara, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin yang turut menyaksikan perjanjian bersejarah di Haadyai pada tahun 1989 mengatakan Malaysia tidak dapat melupakan kekejaman Chin Peng.

“Sentimen rakyat Malaysia ini yang masih kuat tidak mahu menerima Chin Peng kembali di negara ini, mereka tidak dapat melupakan kesusahan dan penderitaan apa yang dilakukan Parti Komunis Malaya,” katanya.

Apabila ditanya adakah wajar membawa pulang Chin Peng untuk dikebumikan di Malaysia, Kadir berkata ia terpulang kepada pertimbangan rakyat dan kerajaan.

“Wajar atau tidak biarlah yang menjawabnya rakyat dan kerajaan, sekiranya rakyat boleh meaafkan Ching Peng maka kerajaan juga harus akur membawa pulang, namun jika sebaliknya, maka terima saja keputusan itu,” katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Chin Peng tetap ketua pengganas, kata Zahid Hamidi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menggesa agar rakyat Malaysia tetap menganggap Chin Peng sebagai seorang ketua pengganas dan mengatakan anggota keselamatan negara masih tidak dapat melupakan peristiwa hitam bergelut dengan keganasan Parti Komunis Malaya (PKM).

Bekas Setiausaha Agung PKM itu meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.

“Saya pinta agar Chin Peng tetap dianggap sebagai ketua pengganas dan anggota keselamatan seperti polis dan tentera masih belum dapat melupakan dan memaafkan keganasan pemimpin PKM itu,” kata Menteri Dalam Negeri itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Ahmad Zahid, ramai anggota keselamatan telah mati berperang dengan PKM.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.

Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya.

Anggota PKM lain seperti Rashid Maidin, Abu Samah Mohamad Kassim, Shamsiah Fakeh dan Suraini Abdullah dibenarkan pulang akan tetapi sesetengah daripadanya memilih untuk tidak pulang. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NONEDr Dzul: Benarkan Chin Peng dikebumi di sini

Seorang anggota jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak berkuasa Malaysia sepatutnya membenarkan agar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dikebumikan di negara ini.

Menurut Dzulkefly, pemimpin Malaysia harus bertindak demikian dengan sebagai tanda kemuliaan hati dan harga diri negara ini, sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Malaysia perlu memberi kebenaran tersebut demi keadilan, katanya yang menambah, beliau membuat saranan tersebut walau tidak bersetuju dengan Chin Peng dari segi ideologi dan tindakan melampau PKM.

“Tindakan British dan Jepun juga melampau tetapi kita memaafkan mereka, kita melupakan dan berbaik dengan mereka semula.

“Chin Peng memerangi Jepun dan kemudian penjajah British. Beliau juga pernah diberi penghormatan oleh Queen,” katanya.

Kenyatannya itu berbeza dengan pandangan pemimpin Umno dan juga oleh ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang berpendapat bahawa Chin Peng lebih sesuai disemadikan di Thailand.

S
eorang bekas anggota PKM, Fang Shan berkata Chin Peng berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.


Ketika dihubungi Malaysiakini, Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya sewaktu pertemuannya dengan Chin Peng tahun lalu di Bangkok.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90 meninggal dunia di hospital di ibu negara Thailand itu pagi ini.

Chin Peng Meninggal Dunia Pagi Ini

* Chin Peng Meninggal Dunia Hari Ini, Ketika Malaysia Berumur 50 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.