Cari Blog Ini

Belanja RM20 Juta : Mahathir Pula Bidas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015


Belanja RM20 juta: “Kenapa dia tak lantik saya?”, soal Dr Mahathir
[tmi]- Langkah Putrajaya membelanjakan RM20 juta melantik firma luar untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 dibidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengambil penasihat tempatan.

Dr Mahathir secara sinis mempersoalkan langkah tersebut, walaupun Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankannya sebagai "kos memadai".

"Saya boleh jadi pakar tempatan, kenapa dia (Putrajaya) tidak lantik saya?" kata bekas perdana menteri tersebut dalam sidang media di Sunway Universiti.

Pembangkang mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan menggunakan khidmat firma pakar runding dalam penyediaan PPPM.

Firma pakar runding McKinsey & Co dikatakan menerima bayaran sebanyak RM20 juta bagi khidmat mereka.

Muhyiddin enggan mengulas lanjut mengenai hal itu tetapi berkata kerajaan akan mengumumkan butiran perbelanjaan itu kelak.

Pelan PPPM menyenaraikan 20 individu yang berkebolehan tinggi yang menjadi sebahagian dari projek tindakan dan projek pengurusan pejabat termasuk Pengarah Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan dan Kajian, Dr Faridah Abu Hassan, serta Pengarah NKRA dan NKEA, Tengku Azian Tengku Shahriman.

Dalam sebuah jawapan diberikan di Dewan Rakyat pada Isnin, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa McKinsey and Co dibayar RM20,566,400 bagi penyediaan pelan pendidikan negara.

Bayaran tersebut dibahagikan kepada dua fasa iaitu pada fasa pertama membabitkan sejumlah RM4,706,400 dan fasa kedua pula sebanyak RM15,860,000.

Menyentuh mengenai kedudukan universiti Malaysia yang jatuh setiap tahun, Dr Mahathir berkata kerajaan terlalu "gopoh" khususnya dengan membuka terlalu banyak universiti dan kolej, disamping tenaga pengajar berkualiti yang tidak mencukupi.

"Kerajaan terlalu gopoh... kualiti tenaga pengajar juga kurang," kata Dr Mahathir.

Ranking universiti dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking baru-baru ini yang menunjukkan bahawa rata-rata kedudukan universiti awam Malaysia terus merosot dalam senarai, dengan hanya Universiti Malaya masih berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia tahun ini.

Hanya tujuh universiti Malaysia berada dalam kelompok 800, dan hanya Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada kedudukan 358 pada tahun 2012, kepada 355 tahun ini.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

           Bayar RM20 juta pada McKinsey, mana pakar pendidikan negara?”

[kd]- Kerajaan tidak menghormati pakar pendidikan negara apabila memilih untuk membayar sebanyak RM20 juta kepada firma perunding McKinsey & Co bagi merangka Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP).

Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang turut mempersoalkan sikap sebenar kerajaan terhadap Institut Aminuddin Baki yang sepatutnya dimanfaatkan untuk membaiki prestasi pendidikan negara.

“Saya sangsi dengan bayaran RM20 juta kepada firma luar negara yang tidak memahami secara sempurna kedudukan sebenar pendidikan dan budaya di Malaysia berbanding institut pendidikan tempatan.

“Malaysia juga memiliki Majlis Profesor Negara yang juga boleh dimanfaatkan untuk merangka kaedah pendidikan terbaik yang boleh ditawarkan untuk diaplikasikan dalam semua sistem pendidikan Malaysia,” katanya.

Mantan Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Malaysia itu menambah, masalah pendidikan negara juga bukan berpunca daripada kegagalan merancang tetapi sistem pelaksanaan yang disifatkan kelam kabut.

“Kita tengok sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kegagalan kerajaan menyelidik sistem ini terlebih dahulu menyebabkan berbilion wang rakyat hangus dikerjakan.

“Kebanyakan sistem pendidikan negara juga menyebabkan kakitangan, guru dan murid keliru dengan matlamat sebenar pendidikan dan akhirnya apa yang dikejar terlepas yang dikendong berciciran,” ujarnya ketika dihubungi.

Menurut mantan Pengarah Pendidikan Kuala Lumpur itu lagi, beliau yakin situasi yang sama berlaku terhadap PPP kerana tiada pelan yang membawa cadangan yang baru dan segar.

“PPM lebih banyak memaklumkan kelemahan yang terdapat dalam pendidikan di Malaysia tanpa memberikan langkah penyelesaian yang lebih konstruktif dan komprehensif.

“Lebih mengaibkan, ada cadangan tersebut sudah dibincangkan sejak tahun 2000, ini sangat memalukan dan pembaziran wang rakyat secara jelas kerana kerajaan sedang berniaga pendidikan dengan kroninya,” katanya.

Abbas turut mencadangkan sekiranya kerajaan berhasrat membaiki prestasi pendidikan, sepatutnya sekumpulan pakar pendidikan dihantar ke luar negara untuk meneliti kaedah pendidikan yang digunakan negara maju.

“Kalau mahu jimat perbelanjaan, buat sahaja lawatan kerja ke Thailand atau Singapura untuk menilai sistem yang mereka gunakan, dahulu Thailand jauh ketinggalan tetapi sekarang mereka sudah mendahului kita,” jelasnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.