Umno Kata Ceramah Pakatan Tiada Sambutan !, Lihat Gambar Dan Video Ini........

Pengaruh Pakatan di NS semakin meluas, berlumba pancing undi Melayu
Walaupun ceramah DAP di sini dihadiri ramai orang, sambutan berbeza buat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila kumpulan lebih kecil menghadiri ceramahnya di tengah-tengah negeri yang majoritinya adalah Melayu dalam pertembungan sengit memancing undi menjelang pilihan raya umum 5 Mei ini.

Dalam ceramah semalam, ketua umum PKR tersebut mengingatkan masyarakat Melayu yang mereka masih termiskin dalam negara walaupun Umno dikatakan memperjuangkan kaum tersebut.

“Atas nama Melayu mereka kata, tapi kita masih kekal termiskin di mana kekayaan negara hanya diberikan kepada beberapa Melayu elit,” kata Anwar kepada kira-kira 150 hadirin di Chembong, kerusi dewan undangan negeri (DUN) di selatan negeri di sini.

Kehadiran Anwar di kawasan setengah maju, Rembau, juga dikenali sebagai kubu Barisan Nasional (BN) kepada menteri besar sementara Datuk Seri Mohamad Hassan turut menarik kehadiran kira-kira 2,000 orang ramai yang kebanyakkannya terdiri daripada masyarakat Melayu.

Bukti sokongan masyarakat Melayu kepada Pakatan Rakyat (PR) semakin meningkat di Negeri Sembilah yang dikatakan kubu BN ialah ketika berceramah di Sikamat, yang menyaksikan seramai 10, 000 hadirin hadir untuk mendengar Anwar memberi ceramah di atas pentas.

“Di sini adalah bukti di mana rakyat Malaysia bangkit untuk hak mereka. Ini adalah kebangkitan rakyat,” kata ketua pembangkang di hadapan orang ramai yang bersemangat.

Pemimpin-pemimpin PR di negeri tersebut yakin mereka sudah menguasai sepenuhnya pengundi Cina, ia boleh diukur menerusi sokongan yang diperoleh mereka di kawasan bandar yang majoriti dihuni masyarakat Cina seperti di Seremban dan Rasah.

Beberapa hari sebelum ini, ceramah yang diadakan di Rasah dilaporkan telah menarik kira-kira 15,000 orang ramai manakala dalam kempen-kempen kecil bilangan ribuan hadirin juga dicatatkan.

Ketua PR di Negri Sembilan, Anthony Loke berkata tumpuan utama mereka adalah memenangi sekurang-kurangnya 45 peratus undi Melayu manakala mensasarkan sekurang-kurangnya 25 peratus sokongan masyarakat yang berada di kubu Umno.

Ahli eksekutif jawatankuasa pusat itu berkata sambutan yang diterima sepanjang sembilan hari berkempen membuatnya percaya akan berlaku peralihan sokongan masyarakat Melayu kepada pembangkang serta misi untuk memenangi kerusi campuran separuh-bandar adalah sesuatu yang boleh dicapai.

“Kami mempunyai peluang baik untuk membentuk kerajaan baru. Suasana untuk perubahan dirasai sekarang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas berceramah di Sikamat malam tadi.

PR memenangi 15 daripada 36 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2008. Mereka hanya memerlukan empat lagi untuk membentuk kerajaan baru dan sedang megintai untuk memasuki kawasan seperti Jeram Padang, Chennah, Pilah dan Kelawang.

Antara faktor utama yang dikatakan akan menukar nasib Umno di negeri tersebut adalah kerana perbalahan dalam sehingga menyebabkan jentera pilihan raya tidak berjalan.

Satu lagi faktor utama adalah keberkesanan kempen PR dalam memainkan isu seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan BN, kata sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

“Mereka bermain isu-isu nasional. Ia bukan tentang seorang calon melawan satu lagi calon. Isu-isu nasional ini sangat berkesan,” kata pemimpin Umno itu.

Daripada pemerhatian yang dibuat menerusi sambutan terhadap isu yang dibangkitkan mendapati pengundi luar bandar Melayu dapat menerimanya dengan baik selepas mengikut jejak kempen Anwar di Negri Sembilan semalam.

Negeri di selatan Malaysia tidak pernah menyaksikan sebarang kemenangan untuk pembangkang sejak kemerdekaan tetapi penganalisis meramalkan PR kini berjaya menembusi dan bersedia untuk merampas lebih banyak kerusi parlimen seperti di Johor, Negri Sembilan dan Melaka dalam pilihan raya kali ini.


                                 

Tiada ulasan: