Cari Blog Ini

[GAMBAR & VIDEO] KEMALANGAN NGERI 4 MAUT DI MRR2

                   
Ampang: Empat bersaudara termasuk sepasang suami isteri terbunuh dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal berhampiran susur Ukay Perdana di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2), di sini, semalam

Kejadian jam 5.30 petang itu bermula apabila sebuah kereta Proton Satria dari Bukit Antarabangsa menghala Kuala Lumpur mengalami kerosakan brek ketika menuruni bukit menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kereta itu terbabas merempuh pembahagi jalan dengan merentangi Jalan MRR2 lalu memasuki ke laluan bertentangan menghala Gombak.

“Kereta berkenaan turut merempuh sebuah Perodua Viva dan sebuah motosikal di laluan menghala Gombak.

Sebuah kereta Suzuki Swift dari arah belakang juga gagal mengelak lalu merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing.

“Akibat kemalangan itu, dua lelaki dan dua wanita iaitu pemandu Perodua Viva dan tiga penumpangnya tersepit di tempat duduk masing-masing akibat rempuhan kuat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, keempat-empat mangsa yang tersepit mati di tempat kejadian sebelum sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian dan membantu mengeluarkan semua mangsa.

“Penunggang motosikal yang cedera itu dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Amiruddin berkata, usaha mengeluarkan keempat-empat mangsa mengambil masa lebih sejam berikutan hujan lebat, malah polis terpaksa mengawal lalu lintas yang mengalami kesesakan lebih 20 kilometer dari kedua-dua hala.

Beliau berkata, semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu Perodua Viva, Hasbullah Abdul Ghani, 26; isterinya, Nurul Intan Syahida, 22, serta dua sepupu Nurul Intan Syahida iaitu Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22.

Semua mangsa yang berasal dari Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.~ Metro

                              
Keadaan kereta Proton Satria yang terbabas ke laluan bertentangan selepas dikatakan mengalami masalah brek ketika turun dari susur Bukit Antarabangsa.

                              
                         Ngeri...mangsa kemalangan putus kepala terbaring di atas jalanraya.

                             
              Mangsa yang terkorban di dalam kereta Perodua Viva. -Gambar: Ohtidak.com 

                            
Remuk... Perodua Viva yang dirempuh Proton Satria yang terbabas ke laluan bertentangan. -Gambar: Ohtidak.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.