[Kantoi] SPR Tipu Lagi !, PGA Dah Mengundi Di Kem Galing, Kuantan !

Facebook Dia [klik] owner ni dah DELATE posting dia
Seorang penjawat awam PGA dari kem PGA Galing Kuantan telah upload gambar sesi staf staf PGA sedang mengundi POS di Kem Galing Kuantan,Pahang.

Menurut tinjauan gua ke wall FB dia..beliau ni pro BN.. lihat jer lah aktiviti berbasikal di sekitar Putrajaya...maka SAH lah info ni benar.

Semalam pengerusi SPR menafikan Undi POS atau undi awal telah dilakukan.. tetapi BUKTI menunjukkan sebaliknya.

Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Berikut mesej yang dihantar oleh beliau.

Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.

Hari ni telah bermula undi pos bagi anggota PGA,di sini saya nak bagitau beberapa perkara :-

1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan?

2) Undi tanpa ada pemerhati dari SPR,hanya kantung undi sahaja yang ada

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi 6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.

Suasana macam funfair!! Jika begini lah caranya. SPR telah melangar SOP iaitu.. Tidak menjemput wakil calon BN,PR dan juga wakil calon bebas yang sepatutnya menghantar pemerhati.

Nampaknya SPR sedang merancang memastikan BN menang,, bagaimanalah rakyat dan negara ingin berubah menjadi negara yang lebih baik..aksyik mempertahankan perompak berleluasa.~ sumber

Photo: Jom bersama CALON PRO RAKYAT DUN N13 DUN SEMAMBU secara LIVE di Radio Internet CMK FM skrg... Bicara Eksklusif Sempena Pilihanraya Umum Ke-13 .. Klik www.cmkradio.blogspot.com Skrg [tag & share]
Ini dia calon yang bertanding di kawasan berkenaan
SPR nafi polis, tentera sudah mula undi awal"SPR nafi polis, tentera sudah mula undi awal"

Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menunjukkan laporan polis berhubung penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya proses pengundian awal telah pun bermula. - Foto Bernama

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan wujud pengundian awal seperti yang didakwa beberapa pihak termasuk tersebar luas di laman sosial sejak semalam.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, SPR telah mengesan wujudnya cubaan pihak-pihak tertentu menyebarkan maklumat mengenai proses pengundian awal membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia.

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar kerana kertas undi yang sedang diedar pihaknya adalah kertas undi pos, bukannya undi awal.

"Itu tidak benar. Undi awal hanya akan dilakukan pada 30 April dan penerima kertas undi sekarang adalah mereka yang mengundi secara pos.

"Dakwaan tersebut boleh mengelirukan rakyat mengenai tarikh sebenar pengundian awal. Kertas undi pos itu sudah diedarkan bermula 22 April lalu kepada pengundi luar negara serta mereka yang akan bertugas pada hari mengundi biasa," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Katanya, kertas undi tersebut perlu dikembalikan kepasa SPR sebelum jam 5 petang, 5 Mei.

"Sehubungan dengan penyebaran maklumat tersebut, SPR telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pagi tadi bagi menyiasat perkara tersebut.

"SPR juga menafikan semua dakwaan yang dinyatakan menerusi laman sosial facebook semalam sama ada pengundian awal, SPR terlibat dengan merakam gambar kertas undi dan juga dikatakan gagal melantik ejen calon atau wakil calon bagi menyaksikan proses pengundian," katanya.

Katanya, di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan (Pindaan 1997) yang menyatakan sesiapa sahaja melalui perkataan secara lisan atau bertulis atau dalam sebarang bentuk seperti akhbar, buku ataupun cetakan, penerbitan atau maksud lain termasuk menyebarkan laporan palsu atau mengadakan kenyataan palsu dengan sengaja untuk menyebabkan kekecohan awam, boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Ditanya apakah tindakan yang akan diambil kepada penyebar maklumat dan gambar di laman sosial, Kamaruddin mahu perkara itu disiasat terlebih dahulu.

"Kita biarkan polis menjalankan siasatan terlebih dahulu," katanya.

Katanya, selain undi awal, dakwaan tersebut juga menyebut SPR gagal dalam mengawal pergerakan kertas undi awal sedangkan pada masa ini, kertas undi pos yang telah diedarkan, bukannya kertas undi awal.

"Bagi undi pos, SPR tidak mempunyai hak untuk mengawal, ia terpulang kepada pengundi untuk melakukan apa sahaja kepada kertas undi tersebut termasuk menunjukkan kertas tersebut kepada kawan atau ahli keluarga.

"Cuma yang menjadi kesalahan menyebarkannya di laman sosial. SPR juga menafikan gambar yang tersiar di laman sosial adalah daripada pihak SPR," katanya.~ sinar

Tiada ulasan: