Cari Blog Ini

[Panas] Bekas Isteri Papa Gomo Akan Dedah Identiti Blogger Berkenaan Di Mahkamah

 Bekas isteri Papa Gomo akan memberikan keterangan terhadap bekas suaminya di mahkmah, dan dijangka akan mendedahkan identiti blogger berkenaan termasuk mendedahkan bagaimana laman blog pro Umno itu dibangunkan, kata Rafizi Ramli hari ini.

Pengarah Strategi PKR itu turut mengemukakan bukti lain yang menyokokng dakwaannya bahawa nama sebenar “Papa Gomo” adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang merupakan bekas anggota polis yang korup dan pengundi hantu.

Bukti yang dikemukan dan keterangan bekas isteri di mahkamah, Bellina Omar Sharifuddin Chin akan memberiakn bukti identiti sebenar “Papa Gomo” yang didakwa dilantik kerajaan bagi menjatuhkan imej pembangkang menggunakan ruang siber.

“Buat masa ini, pelarian terkenal di negara ini adalah Papa Gomo. Tetapi dia mendakwa dia bukan Papa Gomo,” kata Rafizi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Pemimpin PKR itu berkata beliau kini sedang berusaha mendapatkan rekod imigresen Papa Gomo, yang mana mempunyai maklumat lengkap brkenaan pergerakan keluar masuknya ke Malaysia sejak 2010, termasuk bukti anekdot seperti gambar yang diambil daripada laman web penulis blog tersebut, termasuk blog bekas isterinya.

Berdasarkan rekod imigresen jelas Rafizi, apabila dibuat perbandingan dengan Papa Gomo atau pendaftaran pemilih Wan Muhammad Azri dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), membuktikan lelaki itu pernah menjadi pengundi hantu dan didaftarkan sebagai pengundi sebanyak dua kali menggunakan dua kad pengenalan — kad pengenalan bekas polis, dan kad pengenalan awam.

Kedua-dua rekod SPR, bagaimanapun menunjukkan tarikh lahir yang berbeza dan dengan ejaan yang berlainan — Wan Muhd Azri Wan Deris, tarikh lahir 8 April, 1983, pada pendaftaran kad pengenalan polis, dan  Wan Muhammad Azri Wan Deris, bertarikh lahir 21 Januari, 1983, pada pendaftaran kad pengenalan awam.

Rafizi berkata dengan semakan menggunakan kedua-dua kad pengenalan dalam rekod imigresen, menunjukkan orang yang sama, Wan Muhammad Azri, dan menunjukkan tarikh lahir sebenar lelaki tersebut adalah pada 21 Januari 1983.

“Oleh itu, memang ada individu yang dipercayai cuba untuk mengubah datanya di pangkalan data SPR untuk mengaburi usaha mengenal pasti pengundi hantu ini,” katanya.

Beliau turut menjelaskan perbezaan ejaan nama Wan Muhammad Azri dalam dua rekod SPR termasuk perbezaan tarikh lahir juga adalah cubaan untuk membolehkan lelaki itu mengundi dua kali dalam pilihan raya.

“Kita tidak boleh hanya menerima kenyataan SPR bahawa ini boleh berlaku daripada kesilapan manusia atau komputer ... ia tidak boleh menjadi kesilapan komputer.

Jika kita gunakan cip MyKad, jika memberikan anda data sebenar seseorang individu.

“Apabila ia begitu berbeza, ia adalah sama ada kesalahan dalam data atau sengaja dimasukkan dalam berbeza,” kata Rafizi.

Menjelaskan bagaimana beliau telah mengaitkan Papa Gomo dan Wan Muhammad Azri pada mulanya, Rafizi berkata semakan dokumen mahkamah lama telah menunjukkan semua maklumat dan surat-menyurat mengenai kes mahkamah rasuah Papa Gomo itu, yang menggunakan kad pengenalan polis telah dihantar ke alamat di Danau Kota.

Semakan selanjutnya menunjukkan bahawa rumah di Danau Kota telah didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam lelaki tersebut.Ketika sidang media itu juga, Rafizi turut mendedahkan gambar yang didakwanya Bellina dan Wan Muhammad Azri untuk membuktikan kaitan antara mereka berdua.

Gambar yang menunjukkan Bellina menguruskan kedai emas di Setapak itu diambil dari blognya, menunjukkan Wan Muhammad Azri memakai gelang perak yang turut dilihat dipakai seorang lelaki dalam gambar daripada blog Papa Gomo.

Gambar itu didakwa diambil berhampiran kapal selam Scorpenen, kata Rafizi, dan menambah ianya turut dikaitkan dengan beberapa pemimpin tertinggi Umno.

"Dia mesti berani ... jika dia betul-betul pejuang untuk negara dan rakyat, dia perlu berani untuk mengaku identitinya dan menerima tindakan mahkamah.

"Umno-BN tidak boleh lagi memberikan tugas itu kepada blogger yang tidak dikenali seperti ini ... ia tidak akan lama sebelum kami menjejaki blogger-blogger ini dan mengemukakan saman terhadap mereka di mahkmah," katanya.

"Bukan seperti mereka, kami gunakan nama kami dalam blog dan berhadapan di mahkamah. Kita perlu berani."

Dalam dakwaan terbaru Papa Gomo, blogger itu memuat naik gambar seorang lelaki yang dikatakan Datuk Seri Anwar dilihat mencium lelaki lain.

Dia turut memuat naik dua klip Anwar sedang berborak dengan seorang yang dakwanya budak lelaki berusia 19 tahun, dan turut berjanji akan menyiarkan video penuh, dan mendakwa Ketua Pembangkang itumensasarkan kumulan muda untuk gejala seksnya.

Anwar bagaimanapun telah memfailkan saman RM100 juta terhadap blogger berkenaan kerana didakwanya menipu.~ MI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.