Cari Blog Ini

Hutang Negara TERKINI

                          
                   

- Rafizi

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Umno BN dalam Bajet 2013 gagal mengemukakan penyelesaian konklusif berhubung hutang negara sebanyak RM600 bilion disebabkan perbelanjaan besar kerajaan setiap tahun.

“Dalam Bajet 2013, tiada satu pun pengumuman Umno BN untuk menyelesaikan masalah pokok ekonomi.

Apa yang dilakukan hanya melaksanakan program untuk penyelesaian jangka pendek.

“Apa masalah pokok? Masalah utama ialah hutang negara yang semakin tinggi dan berlaku defisit selama 15 tahun berturut-turut.

“Hutang negara dianggarkan RM600 bilion manakala defisit mencecah 7.4 peratus.

Ia berlaku disebabkan perbelanjaan besar (boros) kerajaan setiap tahun,” katanya dalam forum.

- Azan Ismail

Penyata kedudukan hutang negara disyaki ‘dihilangkan’ dalam laporan Bajet 2013 dan tidak dinyatakan seperti biasa yang dikemukakan setiap tahun.

Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, laporan penyata tentang kedudukan kewangan, hutang,  memorandum jaminan kerajaan dan akaun yang melibatkan dana amanah didapati tidak dinyatakan dalam laporan bajet 2013.

“Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Dasar penswastaan dan polisi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkayakan kroni melalui projek mega, punca rizab negara rendah dan hutang negara makin menimbun, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

“Polisi Mahathir yang menswastakan projek-projek besar seperti kilang besi waja, Malaysia Airlines (MAS), keretapi dan banyak lagi menyebabkan kroni semakin kaya, kos meningkat, rakyat terbeban dan ekonomi mundur,” katanya ketika dihubungi.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri kononnya nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada tahap 53 peratus masih dianggap baik.

Beliau malah membandingkan keadaan ekonomi Malaysia dengan Greece.

Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) kini mempunyai simpanan kira-kira US$140 bilion (US$1=RM3.08) berbanding semasa pentadbirannya hanya sekitar US$30 bilion.

“Itu hanya kenyataan Mahathir untuk bela diri. Dengan hasil kekayaan negara yang begitu banyak seperti minyak, kelapa sawit, hutan berkualiti, negara kita patut mencapai rizab US$1 trilion, dan tidak perlu berhutang,” kata Azan mengulas kenyataan itu.

- Azmin Ali

Hutang negara semasa pentadbiran Najib Razak kini cecah RM456 bilion dan ia melonjak lima kali ganda berbanding RM89 bilion di era Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

“Sepanjang tempoh Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehingga tahun 1997.

“Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Anwar.

“Hutang negara yang diterajui Datuk Seri Najib kini mencecah RM456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar),” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

-Anwar Ibrahim

Sibuk canang kononnya Anwar Ibrahim tidak pandai ekonomi, rupa-rupanya fakta itu terkena batang hidung Perdana Menteri sendiri apabila Ketua Pembangkang dedahkan hutang negara semasa di bawah pemerintahan Najib Razak berjumlah RM300 bilion.

“Najib, ini angka Bank Negara. Tapi kamu sibuk kata orang lain tak pandai ekonomi.

Lim Guan Eng tak pandai jaga Pulau Pinang tapi ada lebihan RM2 bilion.

Di Selangor, Tan Sri Khalid (Ibrahim) pun tak pandai…tapi lebih RM2.42 bilion.

Najib pandai, sebab itu hutang sampai RM300 bilion sepanjang empat tahun perintah,” katanya.

Menurut Anwar, jumlah hutang negara keseluruhan hampir RM500 bilion.

-Abdul Khalid Ibrahim

Langkah Kerajaan Pusat menetapkan kadar nisbah hutang negara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada angka 53 peratus merupakan satu tindakan yang berani tetapi membahayakan ekonomi negara, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, kadar nisbah tersebut tidak boleh melebihi pada kadar 53 peratus itu ditetapkan oleh Menteri Kabinet BN sendiri sekaligus menunjukkan kerajaan sendiri menyedari kadar peningkatan hutang negara yang semakin membimbangkan.

Jelasnya, penetapan kadar nisbah sama juga dibuat ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

“Saya rasa angka itu ditetapkan oleh Kabinet BN yang mengatakan tidak boleh lebih 53 peratus, menunjukkan BN sendiri rasa lebih pada itu adalah dalam keadaan yang bahaya.

“Ini menunjukan kadar 53 peratus itu BN berani dalam keadaan yang bahaya dan saya rasa masa Tun Dr Mahathir pun menetapkan angka tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.