Padan muka
orang Melayu.
UMNO tipu mereka selama ini. orang Melayu ditakutkan supaya
percaya kalau UMNO tidak ada, musnah lah orang Melayu.
Apalah yang sangat kita boleh harapkan UMNO kalau para pemimpin rasuah dan bermuka muka menolong bangsa Melayu.
Lebih lagi jika pemimpin UMNO koro dan kurang cerdik.
Apalah yang sangat kita boleh harapkan UMNO kalau para pemimpin rasuah dan bermuka muka menolong bangsa Melayu.
Lebih lagi jika pemimpin UMNO koro dan kurang cerdik.
Raja2
Melayu pun UMNO tipu supaya takut dan percaya kalau UMNO tidak ada kedudukan
mereka musnah. Jangan takut kepada UMNO. Takutlah kepada rakyat. Bila rakyat
kecik hati, Raja akan dihina.
Apa pasal
orang melayu tidak lagi sedar bahawa kedudukan orang Melayu, kedudukan Agama
Islam, kepentingan orang Melayu semua nya dilindungi oleh Majlis Raja2 Melayu?
Raja2 tak
pernah titah orang macam Ibrahim Ali jadi jurucakap Raja2 Melayu. Orang UMNO
sahaja yang hidung tak mancung, pipi sorong2 nak jadi juara Raja Melayu.
Takde Raja cerdik kah? Takde Raja yang pandai bercakap jika kepentingan mereka diancam?
Malu Raja2 Melayu kalau jurucakap dan juara mereka orang standard Ibrahim Ali.
Takde Raja cerdik kah? Takde Raja yang pandai bercakap jika kepentingan mereka diancam?
Malu Raja2 Melayu kalau jurucakap dan juara mereka orang standard Ibrahim Ali.
Raja Melayu
tidak perlu takut kepada UMNO.
Yang mereka mesti takut ialah suara majoriti rakyat. Kalau Raja zalim dan tidak adil kepada mereka, rakyat akan berontak.
Kalau Raja Melayu tak jaga diri, selalu mabuk, berpoya poya, berjudi, malukan Agama Islam- rakyat akan marah Tuanku.

Maka lebih baik jaga hati rakyat daripada hati UMNO. UMNO-
kecik sangat. 3.2 juta dari 18 juta orang Melayu. Lebih baik Raja2 Melayu ambil
hati 15 juta orang Melayu dari layan karenah dan ugutan UMNO.
Kecuali lah Majlis
Raja2 Melayu terdiri dari orang macam Raja Ropiaah. Kalau macam RR, itu jam masa
depan Melayu memang terancam.
Sebab kalau Majlis Raja2 Melayu dipenuhi oleh Raja kelawar Ropiaah, semua benda akan dijual nya. Guppyunit? Jual kat Cina. Astacanggih? India. Lelong dan jual semua.
Sebab kalau Majlis Raja2 Melayu dipenuhi oleh Raja kelawar Ropiaah, semua benda akan dijual nya. Guppyunit? Jual kat Cina. Astacanggih? India. Lelong dan jual semua.
Nak tukar
kedudukan Melayu? Agama Islam? Institusi Raja2- semua mesti diperkenankan oleh
Majlis Raja2 Melayu. Bukan bergantung pada UMNO.
Kembali kita
kepada pendedahan Deepak. Kegunaan Deepak kepada kita ialah butiran pendedahan
dia. Dia?
Tak perlu layan pun tak mengapa. Dia kawan baik Dr Mahathir, hartawan USD44 billion. kita hairan- parti yang didakwa dipilih oleh Allah banyak melalukan kejahatan. mustahil Allah pilih parti jahat.
Tak perlu layan pun tak mengapa. Dia kawan baik Dr Mahathir, hartawan USD44 billion. kita hairan- parti yang didakwa dipilih oleh Allah banyak melalukan kejahatan. mustahil Allah pilih parti jahat.
MINDEF
membisu seribu bahasa- Puspahanas tak ada, tapi duit dah bayar ke Raja Ropiah. Siapa
petualang dalam MINDEF yang membenarkan RR jual satu lot kepada Guppyunit?
Mengikut peraturan, tanah 223 ekar itu mestilah di park kan dalam sebuah syarikat bernama Cebur Megah.
Mengikut peraturan, tanah 223 ekar itu mestilah di park kan dalam sebuah syarikat bernama Cebur Megah.
Tak boleh keluar selagi si Raja Ropiah ni tak siap
Puspahanas. Mesti ada pembelot dari MINDEF yang kautim dengan Raja Ropiaah-
pakat boleh jual. RM2 juta dan kemudahan OD RM16 juta. Wa halalun kalau kongsi
sama. Tangkap !
Apa ilmu
Raja Ropiah pakai sehingga dia boleh sedut duit dari Deepak kita tak tahu. Itu Deepak
punya hal.
Kamu gatal nak bayar RM13 juta dan beri sumbangan RM8 juta. Sumbangan itu ada rekod tak? Atau disapu jugak oleh Raja Ropiaah?
Kamu gatal nak bayar RM13 juta dan beri sumbangan RM8 juta. Sumbangan itu ada rekod tak? Atau disapu jugak oleh Raja Ropiaah?
Jadi kalau
tanah itu masih dalam nama kerajaan, apapasal Baktwira anak syarikat Boustead
bayar kepada Raja Ropiaah RM130juta?
Apa pasal tak beli dari kerajaan? Tanah 223 hanya dapat kat Raja Ropiaah bila dia siap Puspahanas. Mana nya?
Apa pasal tak beli dari kerajaan? Tanah 223 hanya dapat kat Raja Ropiaah bila dia siap Puspahanas. Mana nya?
Kenapa beli
Astancanggih dengan harga RM30 juta? Antancanggih bukan pemilik tanah 223 ekar
tersebut. Kecuali hak milik keatas beberapa lot sudah dipindahmilik kepada
Astacanggih.
Kalau berlaku pindahmilik, seoalan serupa- siapa pengkhianat dalam MINDEF yang benarkan Raja Ropiaah pindah milik? Bukan harta kamu atau harta bapak kamu?
Kalau berlaku pindahmilik, seoalan serupa- siapa pengkhianat dalam MINDEF yang benarkan Raja Ropiaah pindah milik? Bukan harta kamu atau harta bapak kamu?
orang Melayu kena tipu oleh UMNO. Raja2 Melayu pun UMNO tipu. wow!
sakmongkol

Tiada ulasan:
Catat Ulasan