Majlis Peguam hari ini dikritik kerana melengah-lengahkan waktu untuk
mendedahkan identiti peguam di belakang kontroversi akuan bersumpah
kedua P Balasubramaniam mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu pada tahun 2006, walaupun sudah banyak petunjuk diberikan.
Peguam
Americk Singh Sidhu yang mewakili bekas penyiasat persendirian itu
memberitahu The Malaysian Insider Majlis Peguam harus mempercepatkan
siasatan kes berprofil tinggi itu yang sebelum ini dikaitkan dengan
pegawai tertinggi kerajaan, muncul semula menjelang pilihan raya umum ke
13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Saya mencadangkan Majlis Peguam keberatan untuk menyiasat kes ini,” katanya apabila dihubungi hari ini.
Majlis Peguam sebuah badan mengatur tugas profesional hampir 14,000
pengamal undang-undang negara berkata mereka sedang menyiasat
kemungkinan berlakunya salahlaku dalam merangka akuan bersumpah (SD)
kedua Balasubramaniam yang bercanggah dengan akuan bersumpah pertama
dibuat sehari sebelum itu, tentang kematian penterjemah kerajaan untuk
rundingan membeli dua kapal selam Perancis beberapa tahun lalu.
“Mereka boleh serahkan perkara tersebut kepada badan disiplin untuk
tindakan,” kata Americk sambil menambah Majlis Peguam dalam bidang
kuasanya boleh menubuhkan panel inkuiri.
Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka
akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai
2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit
Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh.
Dalam surat terbuka awal hari ini, Americk berkata peranan
Arunampalam sebagai peguam yang merangka SD kedua Balasubramaniam telah
disanggah oleh Deepak Jaikishan yang juga terlibat di sekeliling
kejadian berkaitan kedua-dua akuan bersumpah Balasubramaniam.
Beliau mengatakan kesemua petunjuk sudah diserahkan kepada Majlis
Peguam untuk bertindak dan menasihatkan badan tersebut untuk menyiasat
peguam yang sebelum ini bekerja dengan ahli politik dinyatakan dalam
akuan bersumpah Balasubramaniam dan untuk menyiasat mereka dalam
inkuiri.
Beliau menegaskan hanya segelintir peguam yang mempunyai akses kepada
personaliti penting dinamakan dalam SD Balasubramaniam daripada 14,000
ahli Majlis Peguam.
Americk menjelaskan Deepak sudah membersihkan Arunampalam - dimana
penjual karpet itu pernah menggunakan khidmatnya untuk menguruskan
urusan hartanahnya - sebagai seorang yang disyaki menulis SD kedua itu.
“Kami sudah kecilkan pelbagai orang yang berpotensi. Ini seharusnya
membantu Majlis Peguam untuk berusaha untuk mengesan orang yang secara
unilateral dan tanpa menerima arahan, merangka akuan bersumpah palsu
untuk ditandatangani oleh anak guam saya dibawah keadaan ianya dilakukan
secara sukarela adalah sangat mencurigakan,” katanya dalam surat
terbuka hari ini.
Americk sebelum ini mendesak Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee
untuk “menghantar emel mudah kepada semua ahli Majlis Peguam meminta
agar mereka yang terlibat merangka SD kedua Balasubramaniam untuk
melakukan perkara benar dengan mendedahkan identiti kepada umum oleh
kerana mereka yang tidak terlibat mungkin dituduh atau dipersalahkan
seperti yang berlaku selepas pendedahan Deepak dimana sudah pasti saya
tidak setuju.”
Dalam sidang akhbar tergesa-gesa pada 4 Julai 2008, Balasubramaniam
yang ditemani oleh Arulampalam muncul untuk menarik kembali akuan
bersumpah pertama, dimana beliau menafikan kesemua isinya dan berkata
beliau dipaksa untuk menandatanganinya.
Beliau kemudiannya keluar dengan kenyataan kedua dimana beliau dakwa
kemudian pada tahun 2009 disediakan oleh seorang peguam yang beliau
tidak pernah jumpa dan tidak berunding dengan dirinya apabila merangka
dokumen itu.
Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Tan Sri
Robert Phang secara terbuka menamakan Tan Sri Cecil Abraham yang duduk
sebagai Panel Penilaian Operasi (PPO) badan sama dalam sidang akhbar
bulan lalu.
Tiga lagi telah menimbulkan isu ini secara terbuka - peniaga karpet
Deepak Jaikishan, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan aktivis politik,
Haris Ibrahim.
Haris yang juga bekas peguam telah menulis surat kepada Majlis Peguam
menuntut siasatan terhadap peguam tersebut kerana salahguna kuasa.
Akan tetapi Americk yang mendakwa mengenali Abraham secara peribadi
dan menggambarkannya sebagai “seorang bermaruah, berintegriti dan
profesional” menegaskan tiada bukti konkrit menunjukkan peguam tersebut
mengarang SD kedua Balasubramaniam.
Americk menegaskan bekas penyiasat persendirian itu tidak pernah
berjumpa dengan peguam yang merangka kenyataan kedua kerana dipaksa
untuk menandatangani dan langsung tidak mengetahui identiti orang
tersebut.
PPO SPRM juga mengatakan semalam bahawa Abraham tidak terlibat dengan
pasukan penilaian untuk menutup fail penyiasatan SD Balasubramaniam.
PPO bersetuju dengan keputusan penolong pendakwaraya untuk
menghentikan siasatan terhadap kes ini dengan alasan saksi utama kes ini
tidak disokong oleh saksi lain dan kredibiliti saksi utama disangsikan.
“PPO mahu menyatakan salah seorang ahli panel Tan Sri Datuk Cecil
Abraham tidak hadir dan tidak terlibat dalam mesyuarat tersebut,” kata
Tan Sri Hadenan Abdul Jalil, pengerusi kepada lapan orang ahli panel PPO
dalam kenyataan media bulan lalu.~ MI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan