#KL112 : Peniaga Untung Besar, Ni Buktinya.....

Tuduhan Umno BN sebelum ini mengatakan para peniaga rugi apabila berlangsungnya perhimpunan aman anjuran Pakatan Rakyat sama sekali meleset.

Buktinya, pagi-pagi lagi kebanyakan premis restoran dan warung tepi jalan dipenuhi peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk bersarapan sebelum ke Stadium Merdeka.

Malah mereka juga turut menerima pelanggan di kalangan pemimpin.

Ia turut dialami Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari itu ketika mahu bersarapan paginya.

“Roti canai dah habis bila kami sampai di gerai ni (Kelana Jaya). Gerai penuh dari pagi.

Himpunan aman tak buat peniaga rugi,” tulisnya di twitter. -KD

'Peniaga untung besar di perkarangan stadium'

Para peniaga yang membuka perniagaan mereka di perkarangan Stadium Merdeka hari ini mencatatkan untung besar.

Berbanding dengan perhimpunan yang kecoh sebelum ini, kali ini perniagaan berjalan dengan lancar apabila polis memberikan kerjasama penuh.

Sebelum ini, setiap kali selepas perhimpunan, media Umno dan BN melaporkan peniaga mengadu kerugian akibat dari kekecohan yang berlaku.

Ini kerana, peserta perhimpunan terpaksa bertembung dengan polis.

Malaysiakini melaporkan, seorang peniaga Mansur Ahmad, 56, berkata, dia berjaya menjual 500 kebab hari ini.

"Hari ini, saya dapat untung lebih RM1,000," katanya gembira.

Malam tadi, Mansur membuka kedainya di Kelab Sultan Sulaiman, tempat perhimpunan para HKR112.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang menjual sop dan mee di sebelah gerai Mansor berkata, perniagaan mereka kali ini luar biasa keuntungannya.

"Kakak saya sudah mengaku kalah untuk memotong daging lagi. Dia sudah terlalu letih," katanya dengan senyuman gembira.

Faeza dibantu oleh enam adik beradiknya dalam perniagaan hari ini.

Selain itu, air dalam botol dan tin turut menjadi tumpuan peserta perhimpunan kali ini
-HD

Tiada ulasan: