Cari Blog Ini

43 Ahli Umno Keluar Parti, Meluat Dengan Pemimpin Umno


                 
                                 
                                     '43 ahli tinggalkan Umno di Dun Gual Ipoh'

Sekarang bukan sahaja rakyat yang muak dengan tindak tanduk pemimpin Umno, sebaliknya ahli dan penyokongnya sendiri juga mempamerkan sikap serupa.

Ekoran itu ada yang tidak mahu menunggu pilihan raya umum ke-13 (PRU) bagi menghukum Umno, sebaliknya ramai sudah berkerat rotan dengan parti itu sekarang.

Malam tadi seramai 43 ahli dan penyokong Umno di Kampung Gobek, Dun Gual Ipoh meninggalkan parti lama dan menyerah borang menyertai PAS.

Sudin Nuh, 37 mewakili rakan-rakan lain menyerahkan borang memohon keahlian PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasurudin Daud. Detik bersejarah itu disaksikan ramai penduduk tempatan.

Hadir sama pada program ceramah tersebut Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa.

Kampung Gobek merupakan kubu tradisi Umno, kini semakin ramai meningggalkan parti tersebut. Ekoran itu Bilik Gerakan Pilihanraya PAS Kampung Gobek turut dirasmikan malam tadi.

Sudin ketika berucap pada program berkenaan berkata, beliau dan rakan-rakan tidak mahu lagi kepada Umno selepas menyedari apa yang berlaku sekarang.

“Kami tidak sir lagi Umno. Sudah sampai masanya kami bersama meneruskan perjuangan dengan PAS bagi menghabiskan sisa-sisa usia,” katanya.

Sementara itu di RANTAU PANJANG krisis dalaman Umno bahagian ini semakin jelas sekarang. Ternyata “kudis” sejak 2008 masih belum reda.

Biar pun tidak ada sepanduk dinaikkan seperti di Pengkalan Chepa baru-baru ini, namun riak-riak kekecohan tidak mampu disembunyikan lagi. Suara tidak puas hati semakin jelas kedengaran.

Biar pun kelihatan seperti tenang, namun suara-suara riuh di peringkat cawangan tidak mampu disembunyikan lagi.

Kudis lama antara ketua bahagian, Datuk Abdullah Mat Yasin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail kini membekak semula.

Abdullah yang disebut-sebut sebagai calon Parlimen Rantau Panjang kini berdepan dengan cabaran apabila difahamkan tidak disenangi pengikut Mohd Zain.~ hd

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.