Cari Blog Ini

Rahman Mydin Berucap Di Pentas PAS, Di Tasek Gelugor


TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Seri Rahman Maidin bersedia jadi ombak untuk memghempas benteng pantai sehingga pecah.
(Rahman Mydin berucap di pentas PAS di Tasek Gelugor)

Ujarnya, "biar pecah benteng lama yang sudah tidak kukuh.  Kita bina kembali dengan benteng yang kuat dan padu.

"Jika digambarkan suasana di lautan saya pilih ombak sebab ombak dia boleh bersihkan pantai bahkan bukan setakat bersih dia boleh hancurkan benteng yang tak kukuh, " ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas berucap di majlis makan malam anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kawasan Tasek Gelugor di Taman Desa Murni, Sungai Dua Semalam.

Ini adalah antara majlis awal Rahman selepas mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS.

Rahman menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS malam Ahad lalu di Batu Pahat, Johor.

Kemasukannya ke dalam PAS memberikan semangat baru berdasarkan pengalaman luas beliau dalam perniagaan dan juga media.

Rahman pernah menjadi Pengerusi MRCB, syarikat yang mengawal media utama negara ketika itu.

Benteng usang

"Sudah sampai masanya, benteng usang diganti supaya rumah atau pokok yang ada berdekatan pantai dapat diselamatkan.

"Jika ombak kuat berlaku di tengah lautan pun tegasnya, alunanya boleh menenggelamkan kapal besar yang muatanya berlebihan.

"Kemasukan saya dalam PAS bukan untuk apa-apa tujuan melainkan ingin membantu PAS bersama Pakatan Rakyat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti, " katanya yang juga bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

Berucap sama dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chau. harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.