Cari Blog Ini

Menjawab Fitnah Umno, Selangor Telah Bina 6000 Buah Rumah Kos Murah


Sejak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, Pakatan Rakyat sehingga tahun ini telah berjaya menyiapkan pembinaan lebih 6000 buah rumah kos rendah bagi manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah itu tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.

Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah disiapkan bagi daerah Petaling,  Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191).

Kesemuanya adalah berjumlah 6,000 buah rumah.

Sementara itu, sejumlah 12,481 lagi masih dalam pembinaan iaitu bagi derah Petaling (4,242), Hulu Langat (923), Gombak (3,871), Kuala Selangor (3,423) dan Sabak Bernam (22).

Bagi rumah kos sederhana pula, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah telah disiapkan iaitu Petaling (1,324), Klang (362), Hulu Langat (428), Gombak (642), Sepang (484), Kuala Selangor (512) dan Kuala Langat (173).

Menurut Iskandar, fakta itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, mengenepikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.

"Cara yang terbaik bagi Kerajaan Negeri untuk menjawab tohmahan-tohmahan ini adalah melalui fakta-fakta.

Kerajaan Negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ianya ternyata tidak benar.

"Kegagalan menarik balik dakwaan ini mengesahkan bahawa mereka mengamalkan politik murahan yang tidak berdasarkan fakta-fakta yang sebenar tetapi fakta-fakta ciptaan mereka semata-mata," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini. harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.