Cari Blog Ini

Mahathir ‘Bapa Pemecah-Belah Melayu’ ~ Mat Sabu


Tindakan biadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ‘meratah’ institusi demokrasi di negara ini semahunya, sangat sesuai dinobatkan sebagai “Bapa Pemecah-belah Melayu”, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau diminta mengulas penafian Dr Mahathir dalam media, kononnya beliau bukan faktor bangsa Melayu berpecah di Malaysia.

“Mahathir nampaknya cuba mahu terus dipuja dipuji sebagai tokoh yang bersih lagi suci sehinggakan dia jadi ‘mudah lupa’.

“Semasa dia jadi PM, orang Melayu Umno pimpinannya telah mewujud team sehingga munculnya ‘Team A’ dan Team B’ dan kemudiannya Umno Baru.

Bukankah itu perpecahan Melayu Umno sewaktu di tangan Mahathir?” soal Mohamad sambil merujuk peristiwa pengharaman Umno tahun 1987 selain tindakannya ‘bergaduh’ mengehadkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Malah, tegasnya, Mahathir telah mendiskriminasi (memecah-belahkan) negeri-negeri yang lebih 90 peratus dihuni orang Melayu hanya menurutkan ‘dendam’ politiknya.

“Paling teruk, dasar pemerintahan Mahathir yang rasuah dan menafikan hak rakyat, telah menjadi punca Melayu berpecah.

“Melayu Terengganu pasti tidak akan ampunkan dosa Mahathir yang pernah menarik royalti minyak.

Apatah lagi di Kelantan, sehingga hari ini hak mereka untuk menikmati royalti minyak dinafikan UmnoBN,” ujarnya lagi.

Sambil mendedahkan pekung Mahathir yang tidak pernah menghormati konsep federalisme di peringkat negeri, Mohamad menyifatkan Mahathir sebagai produk pemimpin Umno-BN yang tidak amanah kepada rakyat sebaliknya menimbun kekayaan untuk kroni.

Memetik laporan Sinar Harian, 18 Oktober lalu, Mahathir dengan selamba menyebut perpecahan Melayu sudah berlaku lama ketika Dato’ Onn Jaafar bercadang membuka Umno kepada orang bukan Melayu, kemudiannya diikuti Tengku Razalaeigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 tahun 1988.

Justeru, Mahathir menolak pemecatan bekas timbalannya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998 lalu sebagai punca Melayu berpecah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.