Bukan PAS,DAP Atau PKR Yang Rasmi Kilang Arak Calrsberg dan Guiness


Mantan Presiden UMNO Merasmikan Kilang Carlsberg
Pertamanya, Tulang Besi tidak suka megungkit tindakan2 mereka yang telah arwah. Tulang Besi yakin Allahyarham Tun Razak telah bertaubat sebelum pemergiannya.

 Seperti juga arwah Tunku yang merasmikan Kilang Guiness dulu pun, maklumat Tulang Besi terima waktu akhir2 arwah Tunku dihabiskan menyebarkan Islam kepada bukan Islam melalui PERKIM (selain melawan Dr. Mahathir).

Cumanya, perlu diingat sewaktu Tunku merasmi kilang Guiness dan Tun Razak merasmi Kilang Carlsberg (rujuk gambar di bawah), mereka adalah pemimpin nombor satu UMNO.

 Dan tindakan mereka merasmi kilang2 arak ini diketahui oleh majoriti dari pemimpin2 UMNO di setiap peringkat. Namun, tiada siapa di kalangan pemimpin2 UMNO yang bangun dan membantah.

Tiada seorang pun. Kedua-dua pemimpin tidak dipecat atau dipaksa letak jawatan oleh sesiapa pun dari UMNO.

Ini bererti, arak dan juga judi adalah halal mengikut UMNO. Arak dan judi cuma haram mengikut hukum agama Islam tetapi tidak haram mengikut UMNO.

Bayangkan sekitar tahun 70an, mantan Ahli Parlimen PAS bagi Parlimen Parit bernama Hashim Gera telah ditangkap gambar beliau berjoget di Parlimen.

 Dengan tiada ragu-ragu PAS telah memecat Hashim Gera (sebijik macam PAS pecat Hasan Ali).

Padahal hukum berjoget tidak lah se haram menghalalkan judi dan arak. Namun, Hashim Gera tetap dipecat kerana tidak menampakkan imej Islam yang wajib kepada seorang pemimpin yang mewakili PAS.

(NOTA: Hashim Gera ini adalah arwah bapa kepada Dato' Salehuddin Hashim, bekas SU PKR yang telah melompat keluar parti tempoh hari dan sekarang kerjanya memaki Anwar siang malam.

 Jadi, tak betul kalau orang kata Dato Salehuddin Hashim ini produk UMNO kerana arwah bapanya adalah mantan ahli Parlimen PAS bagi Parlimen Parit)

Maka, adakah kita hendak terus menyokong UMNO setelah UMNO terbukti menghalalkan arak dan judi? 
 
Sokong UMNO atau PAS bukan lagi isu politik, tetapi isu yang bakal menentukan kita mati sebagai Islam ataupun kufur.

Arwah Tunku, Mantan Presiden UMNO, Merasmi Kilang Guiness tahun 1968



http://www.malaysiawaves.net