Cari Blog Ini

Pemuda Sanjung Kepercayaan Pakatan Kepada PAS


 Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan penghargaan kepada DAP yang sudi menyokong Adun PAS sekiranya Pakatan Rakyat menang di Melaka pada Pilihanraya Umum ke-13.

“Bagi DPPM, ini merupakan suatu penghargaan dan semangat setiakawan yang tinggi ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
 
DPPM, ujarnya menganggap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, Lim Jak Wong merupakan tanda keikhlasan dan kejujuran DAP dan Pakatan Rakyat dan memimpin perubahan di negara ini.
 
Ini, katanya bukan pula bermaksud DAP mengenepikan Parti Keadilan Rakyat sebagai rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia adalah manifestasi kebersamaan ketiga-tiga parti ini dalam mendepani kebangkitan rakyat.
 
Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat berjaya membuktikan mereka tidak tamakkan kuasa dan jawatan malah sanggup berkompromi bagi memastikan pemerintahan Pakatan Rakyat di Melaka menjadi realiti. 

“Kenyataan DAP juga menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat berjiwa besar dan sanggup berlapang dada antara satu sama lain,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Bagi PAS pula, jelasnya sudah tentulah kenyataan itu tidak menjadikan PAS sebagai angkuh dan sombong sehingga tidak mahu menerima kehadiran rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. 

Tegasnya, PAS sentiasa menganggap PKR dan DAP sebagai rakan komponen yang bakal menggantikan kerajaan Umno BN dalam PRU ke 13. 

Beliau menambah, DPPM melihat siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan datang bukan menjadi persoalan utama, yang lebih diutamakan adalah berjuang bagi memenangkan Pakatan Rakyat khususnya di negeri Melaka. 

Menurutnya, isu siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan dibincangkan jika Pakatan Rakyat memperolehi mandat dalam PRU ke 13. 

Katanya, DPPM percaya, PAS Melaka akan berusaha merealisasikan harapan rakyat dan Pakatan Rakyat Melaka dengan berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Melaka mampu dijelmakan dalam Pru ke 13 nanti. 

“Seterusnya pemimpin PAS Melaka mampu melahirkan kepemimpinan yang hebat dan mampu menggalas amanah kemenangan ini kelak. 

“Apa yang penting, Pakatan Rakyat menjunjung tinggi demokrasi serta berusaha menegakkan sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun di negara ini dengan penuh keadilan, telus, berwibawa dan bersih,” ujarnya.

 Pemuda sanjung kepercayaan Pakatan kepada PAS

Harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.