Cari Blog Ini

Mahkamah Tolak Kes Mat Sabu Saman Utusan



KUALA LUMPUR, 6 Dis — Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke Utusan Malaysia berhubung artikel mengenai isu peristiwa Bukit Kepong dan komunis Ogos lalu.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk John Louis O’Hara hari ini dilaporkan membenarkan bantahan awal dibawa Utusan Malaysia atas alasan saman itu adalah sesuatu yang remeh selain penyalahgunaan proses mahkamah.

Mohamad (gambar) yang turut dikenali sebagai Mat Sabu turut diarah membayar kos RM5,000 kepada defendan.


Mohamad menyaman akhbar milik Umno itu berhubung satu artikel siaran 27 Ogos lalu, yang disifatkannya sebagai fitnah.

Beliau juga mengemukakan saman itu berhubung dua lagi artikel yang disiarkan pada keesokan hari.

Menurut laporan media sebelum ini, Mohamad mendakwa artikel-artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar daripada ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Mat Indera.

http://utusan-malaysia-online.com/

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.