Cari Blog Ini

TREND BERTUDUNG ZAMAN SEKARANG


Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga siasah rupa diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam.


yang ini lain pula bertudung.



Di atas bertutup tapi ketulan-ketulan lemak di bahagian peha dan pinggul tanpa segan silu menunjukkan wajahnya. Yang lelaki hanya tersenyum, dapat melihat tayangan free tanpa perlu kenakan bayaran.



Sebenarnya saya tak mampu lagi nak mendengar cemuhan masyarakat terhadap gadis bertudung. Yang bersalah hanya segelintir.

Mungkin golongan ini tidak sedar yang mereka telah membuatkan orang lain menjadi mangsa. Kini gadis bertudung dipandang serong oleh masyarakat.



Apa lagi yang mampu dikata bila maruah gadis bertudung kini macam dipijak-pijak. Yang melakukannya hanya sebahagian tapi semuanya terkena tempias. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.




Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis.

Lalu Rasulullah SAW bersabda :
"Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh (akil baligh),
tidak boleh baginya menzahirkan (memperlihatkan kepada yang bukan muhrim)
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja"
(Riwayat Muslim dan Bukhari).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.